Langkau ke kandungan utama

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB
Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir
Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah

Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya.
Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah.

Apa yang menjadi dorongan kepada saya untuk menulis perkara ini ialah apabila saya menjumpai perkara ini dalam perbahasan kitab feqah yang lama, yang berada dalam mazhab Imam Malik (al-Maliki) dan kitab ini sentiasa menjadi bahan rujukan mazhab terutamanya di sebelah al-Maghrib. Kitab ini telah dicetak dengan cetakan terkini diberi judul " Mi'yar Al-Mu'rab (معيار المعرب). merupakan koleksi fatwa-fatwa ulama Afrika, Andalus dan Morocco, pengarangnya diberi nama Ahmad Yahya Al-Wansyarisi. saya mendapati pada jilid 11 halaman 168 tertera soalan berbunyi : Bagaimana hendak bermuamalah dengan penganut mazhab Al-Wahhabi ?

Ketika saya membaca teks soalan ini saya mendapati bahawa : Syeikh al-Lakhmi (Ulama mazhab Maliki) telah disoal mengenai golongan Wahbiah yang yang tinggal di kalangan ahli sunnah pada suatu ketika dahulu, dan mereka telah menubuhkan mazhab mereka, membina masjid dan sebagai … sehingga selesai soalan tersebut..maka pada jawapan Sheikh Al-Lakhmi itu satu ketegasan yang tak boleh dipertimbangkan lagi. Yang menjadi menariknya, saya ingin mengenal pasti sesuatu di sini…. ketika saya merujuk sejarah hidup Sheikh Ali bin Muhamad al-Lakhmi ini, saya dapati beliau telah meninggal dunia pada tahun 478 H (lihat pada al-A'lam jilid 5 : 147) dan pengarang kitab ini iaitu Ahmad Bin Yahya Al-Wansyarisi kembali kerahmatullah pada tahun 914 H. dan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab belum lagi lahir yang mana kita tahu bahwa beliau lahir pada tahun 1115 H. Maka dengan ini terjawablah mengenai persoalan yang timbul ini. Kelahiran Sheikh Muhammad bin Abdul wahab lewat lebih 600 tahun dari kelahiran Sheikh al-Lakhmi dan lewat 200 tahun lebih berbanding kelahiran pengarang kitab itu sendiri.

Maka dengan penemuan perkara ini mendorong saya mengalisis dan mengkaji kitab-kitab sejarah Maghrib tentang mazhab tersebut. Pengarang kitab ini sering membawa nama mazhab ini dengan nama " Wahbiah " dan kekadang dengan "Al-Wahhabiah" . apabila dilihat pada nota kaki tentang perkara didapati tiada sebarang penjelasan dari para pengkaji dan penyelidik

Maka hasil kajian saya, saya mendapati bahawa :

1) Tertera pada kitab " Al-Maghrib al-Kabir " karangan Dr. Syed Abdul 'Aziz Salim Abdul Rahman : Abdul Rahman Ibn Rustum (m.d 171 H) yang menjadi pengasas kepada Daulah Al-Rustumiah di negeri Tairet,sebuah Bandar di negara Jazair, ketika ajal semakin hampir, beliau telah mewasiatkan takhtanya kepada tujuh orang lelaki terpilih dari negeri al-Rustumiah ini, dan salah seorang daripadanya adalah anaknya sendiri iaitu Abdul Wahab bin Abdul Rahman bin Rustum (m.d 211 H) dan Yazid bin Fundik, dan akhirnya berlaku bai ah dan mengangkat Abdul wahab menjadi pemimpin. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dari Ibn Fundik dan mereka bercakaran sesama sendiri. Kerajaan Rustum ini adalah penganut mazhab al-Ibadhiah. Apabila berlaku konflik Abdul Wahhab dan Ibn Fundik (ابن فنديك), maka kerajaan tersebut berpecah dua satu nama " Al-Wahhabi " nisbah kepada Abdul Wahab bin Abdul Rahman bin Rustum dan satu lagi " al-Nakkariah " . maka berlakulah perang saudara yang memakan masa bertahun-tahun dan sehinggalah kemenangan dicapai oleh "Wahhabi " setelah terbunuhnya pemimpin al-Nakkariah iaitu Ibn Qindiruh (ابن قنديره). Dan ketika lemahnya puak al-Nakkariah ini maka puak al-Wasilah al-Mu'tazilah bergabung dengan mereka. Di akhir hayat Abdul Wahhab, beliau ingin sangat menunaikan haji, tetapi dinasihatkan oleh pengikutnya supaya membatalkan hajatnya kerana Mekah dan Madinah ketika itu di bawah pemerintahan kerajaan Abbasiah (Mu'tazilah) . dan mereka amat takut kepadanya. Setelah itu Abdul wahhab meninggal dunia, dan beliau di I'tiraf sebagai antara pengasas daulah rustumiah yang amat berpengaruh dan terkenal dengan kezaliman dan kesesatan yang dilakukan pada zamannya. (lihat cetakan dar al-Nahdhah al-Arabiah (Beirut) di jld 2 halaman 551-558 ).

2) Seorang sarjana Barat (Orentalis) berbangsa Perancis , Charli Andry, telah membicarakan dalam karyanya dikenali Tarikh Afriqia al-Syamali (sejarah Afrika Utara ) mengenai ta'rib Muhammad Mazali dan al-Bashir bin Salamah kedua-duanya dari kerajaan Mamalik al-Khawarij. Katanya : di antara kerajaan Khawarij ialah Mamlakah Tahurat (Tairet) iaitu Daulah al-Rustumiah, Beliau telah memanjangkan bicaranya mengenai akidah mereka, peluasan jajahan, dan aspek-aspek ketamadunan. Dan di akhir analisisnya menyebut bahawa mereka adalah bukan dari ahli sunnah wal-jamaah. (lihat jld 2 hlm 41-48)

3) Seperti mana yang dibicarakan seorang lagi sarjana barat iaitu al-Firdil dalam kitabnya " al-Firaq al-Islamiah fi Syamal Afriqia Min Fath Arabi Hatta Al-Yaum " dan diterjemahkan dari bahasa perancis ke bahasa arab oleh Abdul Rahman bin Muhammad al-Badwi : menyebut bahawa di antara al-Khawarij al-Wahhabiyin iaitu nisbah kepada Abdullah bin Wahab al-Rasibi (telah dibunuh oleh Khalifah Ali bin Abi Talib radhiallahu anhu ketika di Nahawan), dan di antara pecahan dari mereka ialah al-Ibadhiah al-Maghrib di Tairet yang mana kerajaan mereka ialah Daulah Rustumiah. Mereka merupakan puak yang sangat asabiah, … kemudian katanya lagi : mereka merupakan Ibadhiah yang paling bertakwa dan membenci puak Syiah sama seperti mana mereka membenci ahli Sunnah (lihat halaman 140-151).

Ini adalah secebis kisah mengenai kumpulan "wahhabi " ini, perkara ini telah dijelaskan oleh banyak pihak, bukannya hanya dari kedua-dua orentalis tadi. Yang menjadi perhatian di sini ialah ketika pemerintahan Abdul Wahhab binAbdul Rahman Rustum ini, Bandar Tairet telah dijadikan pusat penyebaran fikrah khawarij dan membuka ruang-ruang perdebatan dengan ulama sunnah ketika itu. Dialog pemikiran ini menjadi perbualan dan konflik antara ulama dan fuqaha ahli Maghrib.

Peluang keemasan ini diambil dengan sebaik-baiknya oleh para penjajah dan orientalis barat menyerang umat Islam khususnya ahli Sunnah dari pelbagai sudut dan cara. mereka cuba mengabur pandanganmata umat Islam dengan konflik lama ini beserta kesesatan, kezaliman dan melabelkannya kepada semua dakwah atau reformasi pembaharuan Islam .

Ini jelas sekali apa yang dilakukan oleh penjajah Britain berbangsa Inggeris yang ingin menjajah Daulah Islamiyyah Turkey Uthmaniah. Mereka sangat mengambil berat, merasa bimbang dan seterusnya bercita-cita ingin menghapuskan gerakan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab di Najd dan Riyadh. Mereka mengetahui bahawa dakwah Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah mengajak supaya kembali kepada akidah yang murni dan syariat sahih yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Ini yang mereka takuti kerana apabila umat Islam kembali berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang betul mereka akan gagal dalam misi mereka. Penjajah Britain menggunakan pelbagai cara untuk melenyapkan dakwah Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Oleh itu mereka amat gembira bila mana tentera pimpinan Ibrahim Basya di bawah kerajaan Turkey Uthmaniah ketika itu berjaya mengalahkan tentera Putera Muhammad bin Saud dan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ucapan Tahniah segera dikirimkan melalui timbalan Masyal kerajaan Britain iaitu Seildler. Bukan setakat ucapan tahniah malahan mereka memberi hadiah dan kurniaan di atas kejayaan itu.

Peranan penjajah bukan setakat dari Inggeris malahan dari Perancis, Itali, Belanda dan Sepanyol kesemuanya mempunyai peranan yang sama dalam menghancurkan Islam dan umatnya.

*****************************************************

Tambahan dari pengirim

Dalam Tarikh Mamlakah al-Arabiah al-Saudiah yang saya faham bahawa Kerajaan Britiain berjaya mempengaruhi kerajaan Turkey Uthmaniah yang ketika itu berada di ambang zaman kejatuhan. Mereka menggunakan segala ruang dan tenaga untuk menyekat dan menghapuskan Sheikh Abdul Wahab. Usaha melabelkan atau menjenamakan gerakan Sheikh Abdul Abdul Wahab dengan gelaran "al-Wahhabi " diusahakan dengan pelbagai cara, antaranya menyuruh kerajaan Turkey melalui Gabenor Mekah dan Madinah menyebarkan risalah-risalah keseluruh wilayah jajahan takluknya bahawa gerakan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah ganas,ekstrem, pelampau, zalim,dan sesat. Malahan ulama-ulama ketika itu juga digunakan untuk memburukan gerakan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. antara yang terkena tempiasnya ialah Mufti Mekah Sheikh Zaini Dahlan.

Untuk pengetahuan para pembaca, wilayah Diriyyah dan Uyaynah tidak termasuk dalam jajahan takluk Turkey Uthmaniah pada ketika itu (boleh lihat Tarikh Mamlakah Daulah Saudiah 1, Daulah Saudiah 2 dan Daulah Saudiah 3)

::nukilan dari artikel MAJALAH BATHUL ISLAMIY SIRI 8 JILID 28 , TAHUN 1404 H.
Diolah dengan gaya bahasa yang tersendiri oleh : Abu Abdul Rahman AlHateim Al-Madani, TAMAN INDERAWASIH, PERAI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...