Minggu ini sahaja ada dua kes mahkamah yang menarik perhatian ramai. Berbanding kes-kes lain yang walaupun kerap terpampang di dada-dada akhbar tapi hanya dipandang sebelah mata. Pertama, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan kedua kes pendakwaan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri oleh pihak JAIS. Lihat saja pandangan orang ramai mengenai kedua kes ini. Adanya pro dan kontra sudah membuktikan keistimewaan kedua kes ini untuk diikuti perkembangannya hingga ke akhir.
Jumaat ini mahkamah akan mendengar rayuan dari pihak penyandang kerusi DUN Kota Seputeh dan SPR manakala kes JAIS vs Dr Asri ditetapkan pada 5 Januari depan. Kita tunggu dan lihat.
Ulasan