Dari kitab Riyadus Shalihin pada "Bab Bayaani ghilazi tahriimi syahadati az-zuuri" atau "Bab menerangkan bersangatan haramnya menjadi saksi palsu"
Firman Allah
"Dan jauhilah perkataan palsu" (al-Haj:30)
Firman Allah
"Janganlah engkau ikut sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengertian dalam hal tersebut" (al-Isra':36)
Firman Allah
"Tidaklah seseorang itu mengucapkan sesuatu ucapan, melainkan disisinya ada Raqib dan 'Atid" (Qaf:18)
Firman Allah,
"Sesungguhnya Tuhanmu itu tetap mengadakan pengintipan" (al-Fajr:14)
"Dan mereka itu adalah orang-orang yang tidak suka menjadi saksi palsu" (al-furqan:72)
Dari Abu Bakrah radhiallahu 'anhu katanya, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Tidakkah engkau semua suka kalau Aku menerangkan kepada kamu semua sebesar-besar dosa besar(dosa besar yang paling besar-p). Kami menjawab, Baiklah, ya Rasulullah. Baginda lalu bersabda, iaitu syirik kepada Allah dan menderhakai ibu bapa. Seketika Baginda bersandar lalu duduk kemudian bersabda, ingatlah juga (dosa besar yang paling besar-p) ialah perkataan palsu dan menjadi saksi palsu. Tidak henti-henti Baginda mengulang-ulang sabdaan yang terakhir itu, sehingga kami mengucapkan, alangkah baiknya jika Baginda diam." (Muttafaq 'alaih)

Ulasan