Apabila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, maka gugurlah kefarduan solat Jumaat bagi orang-orang yang telah mengerjakan solat sunat hari raya. Hal yang demikian ini bersandarkan kepada hadis dari Zaid bin Arqam yang bermaksud, "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersolat hari raya, kemudian Baginda memberi kelonggaran mengerjakan solat Jumaat. Sabda Baginda: siapa yang mengkehendaki untuk mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah."
Juga dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).
Bagi imam, ia disunatkan tetap mengadakan Solat Jumaat agar dapat diikuti oleh orang-orang yang mahu mengerjakan solat Jumaat atau oleh orang-orang yang tidak mengerjakan solat sunat Hari Raya pada paginya.
Menurut mazhab Hambali, orang yang tidak bersolat kerana memadai dengan solat Hari Raya masih berkewajipan mengerjakan solat Zohor. Namun ada juga yang berpendapat tidak wajib solat Zohor sama sekali berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibn Zubair yang bermaksud, "Dua hari raya berhimpun dalam satu hari, maka keduanya dikumpulkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang bersolat dua rakaat pada pagi harinya, serta tidak menambah sampai Baginda mendirikan solat Asar."
Wallahu a'lam.
:: Rujukan dari kitab Fiqh Sunnah oleh al-Imam Syed Sabiq.

Ulasan