Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Jadual Gaji 2012

Aisyah & Zainudin

Tahniah buat adinda Aisyah binti Abdullah yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Zainudin bin Sobri. Tak lupa juga ucapan selamat datang buat adinda Zainuddin ke dalam keluarga besar kami. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما فى خير Gambar sekitar majlis Majis akad nikah dan walimatul urus di rumah pengantin perempuan. Walimatul urus di rumah pengantin lelaki.

Cerita tak masuk akal

Pagi itu Tok Adi menerima berita kematian lagi. Tok Adi menyuruh orangnya segera menggali kubur sementara Tok Adi langsung menziarahi jenazah di samping berbincang dengan keluarga si mati untuk urusan pengkebumian nanti. Sebaik diselaknya kain yang menutup wajah si mati, Tok Adi menggelengkan kepala. “ Dahsyatnya balasan Tuhan ”, kata Tok Adi pada dirinya dengan suara perlahan. Muka si mati hitam legam. Ketika hidupnya dia sering mengabaikan zakat. Dia mati akibat serangan jantung selepas mendengar kebun kelapanya terbakar. Kasihan Tok Adi yang dah lama bekerja menggali kubur di kampungnya. Setiap kali ada kematian, dia tepaksa berhadapan dengan jenazah-jenazah yang buruk sifatnya. Entah apa bala yang menimpa kampung Tok Adi. Kebanyakan penduduknya suka membuat dosa yang akhirnya mati dalam keadaan diazab Allah secara terang-terangan. Sebenarnya kisah di atas adalah ringkasan dari salah satu episod sebuah drama yang disiarkan melalui stesen tv astro oasis pada setiap Jumaa

Makan angin lagi!

Kelmarin saya menghadiri taklimat SPR di Rimba Taqwa. Hari ini giliran isteri pula. Kalau kelmarin saya datang seorang, hari ini isteri datang bertemankan saya dan anak-anak. Sementara menunggu, kami anak beranak sempat mandi manda di kawasan air terjun yang terletak berhampiran. Selesai saja taklimat yang dihadiri emak bebudak ni, kami ke ladang anggur yang terletak di Tasik Beris. Kami turut meninjau kawasan sekitar tasik di samping menikmati keindahan dan kedamaiannya. Wow, enjoy habis!!!

Kawasan larangan?

Dalam perjalanan pulang dari Pulau Pangkor kami sekeluarga singgah solat di sebuah masjid yang terletak dalam daerah Manjung di negeri Perak. Sempat juga saya ‘snap’ beberapa keping. Binaannya biasa saja. Cuma yang ini cukup menarik perhatian. Wah, dah jadi kawasan larangan pula. Kalau kuil, gereja dan lain-lain tempat ibadat agama bukan Islam begitu meraikan kanak-kanak, lain halnya dengan masjid. Masjid dijauhkan dari kanak-kanak.

2 hari 1 malam @ Pangkor

‘dia’ yang serba kekurangan

Dia tidak sempurna. Maka dengan segala kekurangan ini, dia gagal memenuhi kehendak dan memuaskan hati semua orang yang berada di sekelilingnya. Bahkan kehendaknya sendiri juga belum terlaksana semuanya. Kekadang kerana terlalu berusaha memenuhi kemahuan orang tersayang, kemahuan sendiri dikorbankan. Kerana menyedari kekurangan yang ada pada diri, dia juga tidak terlalu menuntut orang lain memenuhi kehendaknya. Sedaya upaya dia cuba bertolak ansur. Dia sedar orang-orang di sekelilingnya juga ada kekurangan. Maka dia menerima kekurangan itu dengan reda. Dia tidak cerewet. Makan minum apa saja yang ada. Pakaian berjenama tapi ‘bundle’. Kenderaan? Paling buruk di kalangan rakan sekerjanya. Kediaman yang kecil tanpa perabut yang memenuhi setiap penjuru menjadi idamannya. Kehidupan yang sangat ‘simple’. Dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang kerana itu anugerah Allah yang besar nilainya. Anugerah Allah berupa amanah. Justeru amanah adalah satu kewajipan. Namun kekadang

Final bola 2011-Persamaan Terengganu dan Kelantan

Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia 2011. Terengganu kempunan untuk muncul juara berganda. Selepas mendahului 1–0, mereka menghadiahkan dua gol kepada pasukan lawan. Jika diperhatikan seolah-olah ada persamaan pada nasib yang menimpa Kelantan dan Terengganu dalam kedua-dua perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia tahun ini. Persamaan pertama, kedua-duanya adalah pasukan yang kalah dalam perlawanan akhir. Persamaan kedua, sebelum kalah mereka mendahului lawan dengan satu jaringan. Persamaan ketiga, jaringan penyamaan lawan menjadi ‘ turning point’ yang membawa kepada kekalahan dan lebih malang ia berpunca dari kesilapan sendiri. Persamaan ketiga, gola kedua lawan merupakan gol pemusnah. Dan persamaan keempat, Kelantan dan Terengganu kalah dengan jaringan 1-2.

Jangan berkopiah atau berserban kalau ………..

Berkopiah atau berserban ketika memandu(kereta) bukanlah satu kesalahan. Dan tidak juga satu larangan. Cuma, kepada si pemakainya kena beringatlah sama. Awak berkopiah atau berserban bermakna awak membawa imej orang yang bergama. Maka, sepatutnya awak jaga imej agama itu. Jagalah adab dan sopan awak ketika menggunakan jalan raya. Janganlah berkopiah atau berserban kalau memandu lebih dari had laju yang ditetapkan. Janganlah berkopiah atau berserban kalau memotong kenderaan lain di garisan lurus. Janganlah berkopiah atau berserban kalau memotong sebelah kiri. Janganlah berkopiah atau berserban kalau menunjukkan isyarat kurang sopan pada pemandu lain. Janganlah berkopiah atau berserban kalau membuang puting rokok ke luar kenderaan. Buang dalam kenderaan sendiri atau telan saja . Pendek kata, janganlah berkopiah atau berserban kalau berkelakuan tak senonoh di jalan raya atau di mana-mana. Nanti dituduh, orang beragama buruk berakhlak. Islam juga yang dapat nama buruk.

Kritikan

Kritikan merupakan satu perkara biasa dalam kehidupan. Selagi bernama manusia kita tidak akan terlepas dari dikritik dari setiap tindakan yang dilakukan. Kita biasa mendengar cerita yang kononnya dinisbahkan kepada Luqman al-Hakim. Beliau yang menunggang keldai dikritik kerana membiarkan anaknya berjalan kaki. Lalu anaknya pula menunggang keldai, dikritik juga kerana si ayah dibiar berjalan kaki. Lalu kedua-duanya naik di atas keldai, dikritik juga kerana menyiksa haiwan. Kadua-duanya turun dan berjalan, dikritik juga kerana ada keldai tapi dibiarkan tanpa ditunggang. Pendek kata, kita sukar menutup mulut semua orang untuk menerima saja tindakan yang kita lakukan. Ketika ada pihak yang bersetuju, tetap akan ada pihak yang menentang. Ketika ada pihak yang melihat setiap tindakan yang kita ambil itu satu kebaikan, akan tetap ada pihak yang melihat tindakan tersebut akan membawa kecelakaan. Namun untuk terus melabelkan pihak yang tidak bersetuju itu sebagai penentang dan berhati busuk ad

Sawadika Hat Yai II

  Hari kedua di Hat Yai. Jam 5.00 pagi waktu tempatan saya bangun dan menjenguk keluar tingkap. Pada perkiraan saya, subuh sudah melewati waktunya. Usai bersolat subuh, saya bersenam ringan sebelum mandi dan mengajak isteri keluar mencari sarapan. Kira-kira Jam 7.00 pagi waktu tempatan saya dan isteri sudah berada di luar hotel. Matahari sudah meninggi. Jalan raya kelihatan sangat lengang jauh bezanya dengan suasana malam tadi. Kalau saya berdiri di tengah-tengah jalan pun tiada bahayanya. Jujurnya saya tidak tahu arah mana untuk mencari kedai yang menjual makanan halal. Tiba di satu simpang yang jaraknya kira-kira 50 meter dari hotel saya terpandang kedai 7 eleven. Meyakini logo halal yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Songkhla, kami bersarapan dengan seorang sekotak milo dan susu soya berperisa coklat serta beberapa keping roti. Jam 9 pagi waktu tempatan, semua ahli rombongan sudah selesai ‘ check out ’ dan menunggu bas untuk meneruskan perjalanan. Sambil itu kami meng