Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Matapelajaran Kelas Dua

Semalam baru belajar, hari ini dah lupa. Alahai, apa nak dikata! Bengang pun ada dengan bebudak 6A ni. Baru semalam diajar tajuk 'Syirik'. Sudah diterang erti syirik, dalil wajib menjauhi perbuatan syirik, hukumnya dan contohnya, kemudian bersoal jawab lagi. Hari ini bila diedarkan lembaran kerja sebagai latihan untuk tajuk yang sama, masing-masing tersengih dan tak dapat menjawab. Mana tak bengangnya? Kalau kelas belakang-belakang boleh juga dimaafkan, ini kelas A. Alahai, apa nak dikata? Memang tak boleh salahkan mereka juga. Dekat-dekat nak UPSR memang macam ni. Tumpuan terarah kepada peperiksaan yang kononnya menentukan masa depan mereka. Itu yang dijanjikan oleh cikgu-cikgu UPSR. Macamlah dapat 5A boleh jadi doktor. Pendidikan Islam dah jadi matapelajaran kelas ke-2. Bukan PAI saja, malah subjek selain subjek teras (BM, BI, M3 dan Sains), langsung diketepikan dan menjadi matapelajaran kelas ke-2 atau mungkin kelas ke-3. Masuk pula mesyuarat khas Hari Anugerah Cemerlang. Di

Tinggal berapa?

KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian. Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan. "Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan. "Salah seorang m

Belum panas punggung

Baru saja selesai menulis posting berkenaan kemasukan 40 ulama muda dalam UMNO, saya terbaca kenyataan DS Najib dalam Utusan Online . Presiden UMNO mengaitkan kemasukan 40 ulama ini sebagai bukti UMNO adalah parti yang menegakkan Islam. Hati kecil saya terus berkata, "belum panas punggung masuk UMNO, dah dijadikan alat."

Beri mereka ruang

40 orang ulama masuk UMNO. Kurang 60 dari dari 100 yang disasarkan. Manakala spekulasi yang turut mengaitkan Dr. Asri pun nampaknya tidak menjadi. Kenyataannya yang terbaru beliau belum bercadang menyertai mana-mana parti politik. Ada pula pihak yang mempersoalkan adakah mereka ini benar-benar ulama. Pada pandangan saya, mereka adalah ulama. Saya mengenal mereka sebagai ulama dan pernah mendapat manfaat ilmu dan fikrah mereka. Saya senang mengikuti program keilmuan yang mereka terlibat di dalamnya. Pernah beberapa kali saya mengikutinya terutama majlis Konvensyen Sunnah yang saban tahun diadakan di Institut al-Qayyim, Bukit Mertajam. Biarpun kecewa kerana mereka memilih UMNO saya tetap menghormati keputusan guru-guru saya ini. Seperti kata jurucakap kumpulan 40 ulama ini, mereka dijanjikan ruang berdakwah dalam UMNO. Mereka masuk UMNO bukan kerana cita-cita politik sebaliknya didorong hasrat mahu berdakwah di dalamnya. Doa saya agar mereka berjaya dalam misi kali ini. Mungkin ini ijti

Lebih lajak dari laju

Berikutan kenyataan Dr. Asri akan masuk UMNO bersama-sama 100 lagi ulama, ramai yang ternanti-nanti kenyataan tekini bekas Mufti Perlis itu. Sementara menantikan pengumumannya, banyak pihak lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat. Namun tidak kurang juga yang awal-awal lagi dah hentam tokoh yang dianggap kontroversi itu. Mungkin kerana dendam lama agaknya. Ada bloggers yang menulis kalau Dr. Asri nak masuk UMNO pun tak apa. Baca di sini . Ada pula yang kata, tak hairanlah kalau Dr. Asri nak masuk UMNO sebab dia pernah jadi Mufti Perlis. Baca di sini . Tak tahu pula apa kaitan jadi Mufti Perlis dengan masuk UMNO. Kalau macam saya yang kerja dengan kerajaan persekutuan, kena sokong dan reda dengan UMNO juga kah? Tak sangka ada ahli PAS yang berfikiran macam itu. Dr. Asri tak pernah pula keluarkan kenyataan nak masuk UMNO. Laporan menyatakan beliau ditawarkan untuk menyertai UMNO. Dan belum ada kenyataan sahih darinya tentang keputusan yang bakal dibuat. Nampaknya ada orang yang '

Salah ibu mengajar

" Jom balik. Sembahyang di rumah pun sah !" Panggil salah seorang waris yang sedang menunggu untuk mengambil anaknya dari sekolah. Sedang si ibu sangat maklum tentang jadual solat zohor berjamaah puteranya. Bimbang ditinggalkan, terpaksa pula berjalan kaki, maka pulanglah si anak membonceng motosikal bersama ibunya. Pulanglah dia dan solatlah dia di rumah kerana ibunya mengajar "sembahyang di rumah pun sah." Anak ini pula bila dewasa berkemungkinan akan terus berpegang dengan ajaran ibunya "sembahyang di rumah pun sah." Tidak mustahil malah menjadi pegangan sekian banyaknya manusia muslim hari ini. Lihatlah masjid-masjid dan surau-surau yang kosong. Berbanding dengan jumlah penduduk, tidak sepatutnya ada satu atau dua saf saja. Mana yang lain? Di mana lagi kalau tidak di rumah. Mereka bersolat juga kerana "sembahyang di rumah pun sah." Di masjid dan surau, tuan-tuan guru dan ustaz-ustaz mengajar tentang kelebihan solat jamaah, mengingatkan tenta

Berkata baik atau diam

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam , قل خيرا أو اصمت Mafhumnya, " Berkatalah yang baik atau diam ." Sekian banyaknya sabdaan Nabi berkenaan anjuran supaya berhati-hati dengan bahaya yang ditimbulkan oleh lidah. Kerana banyaknya bicara yang tidak bermanfaat, akan menimbulkan banyak kesalahan dan berakibat buruk. Bahaya lidah dan kesannya ada 20 macam sebagaimana disebutkan oleh al-Imam al-Ghazali. Antaranya, bohong, ghibah, hasutan, fitnah, saksi palsu, sumpah yang tidak benar, mencaci maki, turut serta dalam kumpulan yang bercakap bohong dan sebagainya. Malah ada ulama yang menyenaraikan hingga 70 hal. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam juga ada bersabda, " Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhir, maka bercakaplah perkara yang baik atau diam ." Adalah sukar bagi mereka yang banyak berbicara memelihara lidah dan dirinya dari bahaya kesilapan membuat orang tersinggung seperti mencela, mencaci maki dan sebagainya. Kekadang terjadi

Tiada yang kekal

Memanglah bola itu bulat. Pasukan sekuat Sepanyol pun boleh kalah kepada Switzerland. Jika dilihat pada ranking terkini, Sepanyol yang berada di kedudukan ke-2 dunia dan Juara 'European Cup' 2008 tentulah sukar untuk dikalahkan. Sebaliknya gawang Swis begitu sukar dibocori meskipun Sepanyol menyerang bertali arus. Hakikatnya manusia adalah makhluk. Asal namanya makhluk, tiada yang kekal. Kekal muda, kekal sihat, kekal kuat, kekal berkuasa, kekal hidup. Itu semua tiada pada manusia. Justeru manusia jangan sampai merasakan dia terlalu kuat atau terlalu berkuasa untuk ditumbangkan sehingga dia boleh melakukan apa saja. Segagah Namrud dan Firaun, keduanya rebah di tangan makhluk yang lemah. Seorang mati kerana seekor nyamuk. Seorang lagi ditenggelami air. Satu ketika Rom dan Parsi merupakan penguasa dunia, takdir Allah menentukan kedua-dua empayar besar itu musnah di tangan orang-orang yang beriman. Demikian nasib kerajaan-kerajaan umat Islam. Bani Umayyah, Abbasiyah, Fatimiyyah,

UMNO dapat bantuan JPN pula

Pagi tadi saya ke Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) cawangan Sungai Petani untuk mengambil MyKad anak. Sambil beratur untuk mendapatkan nombor giliran, saya terbaca satu notis yang dilekatkan di kaunter. Secara ringkasnya notis tersebut menyatakan, "sesiapa yang kehilangan MyKad kerana tercicir boleh mendapatkan surat sokongan dari Pejabat UMNO (terletak di atas Restoran Nasi Kandar Pelita) untuk potongan separuh bayaran". Begitulah lebih kurang maksudnya walaupun ayatnya tidak seperti tertulis di notis. Bagi orang-orang yang peka seperti saya, tentulah tertanya-tanya, apakah hubungan UMNO dengan JPN sehingga melayakkannya mengeluarkan surat sokongan. UMNO hanya sebuah parti politik sedangkan JPN sebuah jabatan kerajaan. Soalnya lagi, kalau UMNO boleh keluarkan surat sokongan, kenapa PAS tak boleh? Selain itu saya berpendapat pihak yang paling layak mengeluarkan surat sokongan ialah Masjid Muzaffar Syah selaku masjid utama daerah. Dan kalau masjid boleh, persatuan-persatuan yan

Piala Dunia dan saya

Piala Dunia 2010 sudah masuk hari yang ke-4. Saya pasti ramai yang sanggup bersengkang mata untuk melihat pasukan pilihan mereka bermain dalam satu pertandingan yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dunia. Saya juga antara yang menontonnya. Saya menonton Piala Dunia kerana saya meminati permainan bola sepak. Pernah mewakili pasukan Bawah 15 tahun Maktab Mahmud walaupun sekadar pemain simpanan. Sekarang pula menjadi guru Kelab Bola Sepak SKTT sejak tahun 1998 lagi. Sejak itu juga saya adalah pengurus merangkap jurulatih pasukan Bawah 12 tahun sekolah. Dengan menontonnya, dapatlah sedikit info supaya nanti tak ditemberang oleh bebudak sendiri. Selain itu, rasa puas dapat melihat skil permainan yang ditunjukkan serta kepelbagaian teknik dan strategi bertaraf dunia oleh pasukan-pasukan yang bertanding. Walaubagaimanapun, saya agak sedikit berbeza dengan sebilangan penonton Piala Dunia yang lain kerana saya tiada pasukan pilihan atau pasukan yang mahu disokong. Seperti yang saya katak

Takziah: Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

Saya baru sampai dari Kelantan. Sempat juga join Muktamar PAS walaupun dah berada di penghujungnya. Ketika para perwakilan dan pemerhati mula meninggalkan Kota Bharu, saya dan keluarga sambung sehari lagi. Selepas berehat dan mandi, saya lihat komputer meja dah terbuka. Mungkin anak saya yang bukakannya. Sambil berjalan menuju ke meja makan, saya singgah sekejap melihat blog untuk melepaskan rindu. Leceh betul kerana tak bawa laptop ke sana. Hotel pula ada free wifi . Tiba-tiba mata saya terpandang ke tajuk terkini dari laman web PAS Pusat , "Ustaz Hassan Shukri Kembali ke Rahmatullah". Saya lebih terharu kerana, Allahyarham dikhabarkan turut serta dalam Muktamar PAS ke-56 di Kota Bharu. Allahyarham merupakan pemimpin yang sangat besar jasanya kepada PAS. Kalau tidak silap saya, berdirinya Markaz PAS Taman Melewar dengan megah adalah hasil cetusan ideanya. Allahyarham pernah berkhidmat dengan tiga YDP(Presiden) PAS dari zaman Datuk Asri, Tn. Guru Hj. Yusuf Rawa dan Dato'

Mesej

Semalam saya terima mesej ini: " Inna lillaahi wa inna ilaihi rooji'uun. Baru saja dpt kbr dri Dompet Dhuafa: ambulan Team mercy yg bwadoktor2 dr sluruh dunia mnuju Palestin dibom Yahudi laknatullah, 19 orang syahid, 12 org Team Mercy blm ditmukan. Mhn doanya dr smua mu'min/mu'minah. Dari DDR & dr. Jose Rizal. Truskan. sebarkan ke 10 orang, krn 10x10x10x10x10x10x10x10x10x10=10.000.000.000 orang akan mendoakan kita. Kredit kita" tdk sebanding dengan pndritaan mrk ." Siapa boleh tolong sahkan. Setakat jam 10.33am waktu tempatan, belum ada media yang melaporkan. Atau ada yang nak ambil kesempatan?

Bagaimana kalau tak solat langsung?

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar radiyallahu 'anhuma bahawa pada satu hari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menyebut tentang solat lalu Baginda bersabda yang bermaksud, " Barangsiapa memeliharanya, ia pun mendapat cahaya, bukti, dan keselamatan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang tidak memeliharanya , ia tidak akan mendapat cahaya, bukti dan keselamatan. Dan pada hari kiamat ia akan bersama-sama dengan Qarun, Fira'un, Haaman dan Ubay bin Khalaf. " Riwayat Imam Ahmad. Berkata al-Haitsami, para perawinya tsiqah(dipercayai). Berkata Ibn al-Qayyim rahimahullah, " Barangsiapa disibukkan dengan kekuasaannya sehingga meninggalkan solat, ia dihimpun bersama Fira'un. Barangsiapa disibukkan dengan hartanya sehingga meninggalkan solat, ia dihimpun bersama Qarun, dan barangsiapa yang disibukkan dengan perniagaannya sehingga meninggalkan solat, ia dihimpun bersama Ubay bin Khalaf ." Dalam hadis di atas, Baginda bersabda perihal manusia yang tidak memeliha

Perbezaan Tingkatan Manusia

Sebagaimana amal dan hukum mempunyai tingkatan, manusia Islam atau Muslim juga bertingkat-tingkat. Keliru bila kita memperlakukan manusia tanpa melihat perbezaan-perbezaan nyata dalam masyarakat. Dalam masyarakat kita bertemu dengan individu yang awam dan khusus, junior dan senior, lemah dan kuat. Islam sendiri dapat menerima perbezaan-perbezaan tersebut. Oleh kerana itu kita dapati adanya penggunaan istilah-istilah tertentu dalam ilmu Islam seperti 'azimah(عظيمة), rukhsah(رخصة), 'adil(عاديل), fardu(فرض), sunat(سنة) dan mustahab(مستحاب). Orang-orang dahulu mengatakan, " Kebaikan orang-orang yang baik adalah orang-orang yang dekat dengan Allah ". Allah 'azza wa jalla berfirman (maksudnya), " Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada yang mendahului melakukan kebaikan dengan

Bukan rezeki lagi

Ketika ini para pemimpin dan ahli PAS dari seluruh negara berpusu-pusu ke Kelantan. Esoknya mereka akan berhimpun di Kota Bharu atau lebih tepatnya di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan yang letaknya di Pengkalan Chepa untuk mengikuti perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-56. Malah sebahagiannya pun telah berada di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak kelmarin lagi untuk mengikuti Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat. Dan saya pula, mungkin bukan rezekinya lagi. Mulanya saya dipelawa oleh ayahanda YB Tn. Hj. Abdullah (ADUN Pantai Merdeka) menyertai rombongannya merangkap sebagai pemandu. Kebetulan ketika pelawaan dibuat, saya dalam perjalanan bersama rombongan sekolah ke Cameron Highland. " Insya Allah ", janji saya. Maklumlah, selepas digugurkan dari jawatan EXCO, drebar pun dah lari buka kedai makan di UK. Ulu Kelang lah ! Dengar kata maju pula tu. Jadi, terpaksalah minta tolong pemandu sambilan. Ada dua orang pemandu sambilan dalam senarai. Pertama saya dan kedua menantu YB. Sud

Naik bas

Lama juga tak naik bas. Kali terakhir seingat saya pada tahun 2005. Tahun itu saja dua kali. Kali pertama naik bas dari SP ke Kuala Kedah langsung ke Pulau Langkawi. Kali kedua mengikut rombongan sekolah ke Taiping. Saya masih ingat ketika dalam perjalanan pulang, kepala saya jadi pusing. Selepas hampir lima tahun saya kembali mencuba memanjat tangga bas. Kali ini juga mengikut rombongan tapi ke tempat yang bagi saya mampu menggugat ketahanan fizikal. Ke mana tu? Jangan gelak pula kalau saya katakan Cameron Highland. Saya jadi bimbang kerana dua sebab. Pertama saya belum pernah ke sana dan hanya mendengar cerita-cerita mengenai keadaan curam jalannya. Kedua kerana perjalanan yang agak sukar terpaksa pula dilalui dengan menaiki bas. Awal-awal lagi saya bersedia dengan plastik hitam. Alhamdulillah, saya lulus ujian kali ini. Begitu juga isteri dan anak-anak yang turut serta. Manakala budak-budak saya, ramai yang tewas terutamanya ketika perjalanan pulang. Pergerakan bas yang kurang stab

Barisan

"Masuk barisan" "Ikut barisan" "Jalan dalam barisan" "Jangan keluar barisan" Ini cuma arahan waktu perhimpunan pagi atau semasa meninggalkan kelas untuk ke bilik-bilik khas. Maklumlah budak-budak. Kalau tak buat macam tu, nanti berselerak pula. "Bila dah besar, sokong Barisan". Haaa.... yang ni kami tak ajar!

Mereka adalah pejuang

Alhamdulillah. Ucapan syukur saya tatkala mendengar berita pembebasan 12 rakyat Malaysia dan lainnya yang menjadi tawanan komando Israel baru-baru ini. Saya menganggap mereka adalah pejuang walaupun kehadiran mereka sekadar menyempurnakan satu misi kemanusiaan menolong rakyat Palestin yang tertindas selama enam dekad. Seperti kata Ashwad Ismail, mereka diperlakukan dengan kasar meskipun mereka hanya orang awam. Kehadiran mereka walaupun sebagai peserta misi bantuan antarabangsa, namun hakikatnya mereka menyedari risiko yang bakal ditanggung. Ada di antara mereka yang siap meninggalkan pesanan, meminta ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga di samping mengingatkan tentang kemungkinan-kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Dengan segala kemungkinan tersebut, mereka harungi juga perjalanan penuh liku lantaran rasa cinta kepada saudara seagama dan seakidah yang sekian lama menderita. Dan lebih dari itu mereka ada sifat yang sangat disukai agama iaitu BERANI kerana benar. Ka

Tak peka atau tak tahu?

JAKIM sarankan umat Islam mengerjakan solat hajat. Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi mengarahkan seluruh kepimpinan dan ahli membaca qunut nazilah dalam semua solat fardu. Lebih tepat berdasarkan petunjuk Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam ialah membaca qunut nazilah dalam solat fardu 5 waktu. Tapi di surau al-Muhtadin, apa pun tak buat. Baik solat hajat apatah lagi qunut nazilah. Tak sedarkah apa yang sedang menimpa saudara seagama kita di sana? Atau tak peka dengan arahan dan saranan? Atau imam tak tahu nak baca qunut nazilah? Biasa baca qunut witir saja dalam solat subuh. Kalau tak tahu, berikan kepada orang yang tahu. Sekadar jadi imam solat maghrib dan isyak. Bukan nak serah jawatan imam sekaligus. Tak ada siapa yang kemaruk nak jadi imam pun. Tak boleh jadi. Malam ini kena 'sound' sikit.

Double Standard

( gambar dari Berita Harian online ) Dunia sekalian telah menyaksikannya. Bukan sekali malah acapkali. Tapi dunia memilih untuk memejamkan mata dan diam seribu bahasa. Demikianlah sikap dunia yang kononnya mencintai kedamaian dan menentang keganasan. Bila ada segelintir pihak umat Islam yang melancarkan serangan atau mengebom tempat-tempat awam, seluruh dunia menunding jari kepada Islam dan umatnya. Sebaliknya ketika Yahudi Israel yang selama ini menjuarai aktiviti keganasan, hampir tiada yang bangkit menunjukkan penentangan. Umat Islam di negara-negara khususnya Eropah yang hidup sebagai minoriti sering dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Mereka diawasi dan dipantau setiap masa. Bila ada berita-berita keganasan membabitkan umat Islam, mereka juga yang terpaksa memikul beban prasangka buruk masyarakat sekitar. Tapi lihat bagaimana aman dan damainya kehidupan orang-orang berketurunan Yahudi di seluruh dunia. Mereka diberi layanan bahkan kedudukan istimewa dalam sektor-se