Langkau ke kandungan utama

Berkata baik atau diam

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,

قل خيرا أو اصمت
Mafhumnya, "Berkatalah yang baik atau diam."

Sekian banyaknya sabdaan Nabi berkenaan anjuran supaya berhati-hati dengan bahaya yang ditimbulkan oleh lidah. Kerana banyaknya bicara yang tidak bermanfaat, akan menimbulkan banyak kesalahan dan berakibat buruk.
Bahaya lidah dan kesannya ada 20 macam sebagaimana disebutkan oleh al-Imam al-Ghazali. Antaranya, bohong, ghibah, hasutan, fitnah, saksi palsu, sumpah yang tidak benar, mencaci maki, turut serta dalam kumpulan yang bercakap bohong dan sebagainya. Malah ada ulama yang menyenaraikan hingga 70 hal.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam juga ada bersabda, "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhir, maka bercakaplah perkara yang baik atau diam."

Adalah sukar bagi mereka yang banyak berbicara memelihara lidah dan dirinya dari bahaya kesilapan membuat orang tersinggung seperti mencela, mencaci maki dan sebagainya. Kekadang terjadi pergaduhan walhal ia bermula dengan gurauan.

Cubalah berbicara sekadar yang diperlukan dan bermanfaat. Seperti kata pepatah, "Andai ucapan itu bernilai seperti perak, maka diamnya pula ibarat emas."

Kebanyakan manusia yang terjebak dalam dosa dan menjadi penghuni neraka kerana perkataannya yang membawa kepada penderitaan, perkelahian dan permusuhan. Pada zaman jahiliyah, seringkali tercetusnya peperangan disebabkan lidah yang tajam lagi menusuk hati menyinggung perasaan dan kehormatan.

Allah 'azza wajalla berfirman yang bermaksud, "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. (Surah Qaaf:16-18)


:: Aku mengingatkan diriku dan diriku serta diriku. Jagalah lidahku dan bicara ku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah