Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Lidah

Satu hari seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, “ Ya Rasulullah, sungguh fulanah itu seorang yang dikenali banyak solatnya, puasanya dan sedekahnya. Tetapi ia juga dikenali kerana jahat lidahnya ke atas para tetangganya .” Maka bersabdalah Baginda kepada lelaki tersebut, “ sungguh ia termasuk ahli neraka .” Kemudian lelaki itu berkata lagi, “ Kalau fulanah yang lain dikenali dengan sikit solatnya, puasanya dan sedekahnya tetapi tidak pula ia menyakiti tetangganya? ” Maka bersabda Baginda, “ sungguh ia termasuk ahli syurga .”( Riwayat Muslim ) Hadis di atas memberi khabar akan bahayanya lidah. Sekiranya lidah itu gagal dikawal dengan iman, ia mampu membawa pemiliknya ke neraka. Meskipun pemilik lidah itu seorang ahli masjid, ahli ibadah, kuat bersolat, rajin berpuasa, suka bersedekah namun lidahnya terlalu ringan memfitnah, berbohong, berbicara keburukan orang lain, menuduh tanpa bukti, maka amalannya menjadi sia-sia. Lidah itu boleh menjadi m

Bukan kemahuan sendiri?

“ Mana pengantin perempuan? Kami nak tengok. ” Kata mak-mak saudara kepada anak saudara kesayangan mereka yang baru melangsungkan perkahwinan di hari bersejarah kedua mempelai tersebut. Tak kisahlah, nanti pun nak kena masuk ‘geng’ juga.  Tapi yang menyampahnya dan sangat tak patut bila bapa-bapa saudara pun menyibuk sama. “ Ha, mana dia? Tak kan nak simpan kut ?” Laaa.. dah kemaruk sangat ka? Si pengantin perempuan tu bukan anak saudara hangpa . Dia cuma bini anak saudara hangpa . Apa alasan hangpa nak tengok dia?  “ Hoi Man, mana bini hang? Bawak mai la. Kami nak tengok Jerit si kawan-kawan dari tempat basuh pinggan. Ini lagi kemaruk. Apa jadahnya nak tengok bini kawan. Kalau hangpa tu dah kahwin balik rumah tengok bini sendiri la. Kalau tak kahwin lagi, cepat-cepatlah berikhtiar. Nampak dah teruk semacam. Sampai bini orang pun teringin nak tengok. Masalahnya si mamat yang kononnya raja sehari tu pula dengan bangganya dan terhegeh-hegeh bawak bini jumpa kawan-kawan. Tak cukup la

Tiga Kali.

“Baca semua!” “Ulang lagi!” “Ulang sekali lagi!” Begitulah cara saya melatih tubi setiap murid saya. Asal saja masuk tajuk atau kemahiran baru, tak kiralah sama ada ia berupa ayat-ayat al-Quran, definisi atau konsep bagi sesuatu perkara atau sebarang penyataan seperti rukun, syarat-syarat dalam ibadah, semuanya melalui proses latih tubi. Bukan sekali atau dua kali tetapi sekurang-kurangnya tiga kali. Mengapa tiga kali? Ia merujuk kepada peristiwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ketika menerima wahyu pertamaNya, Jibril ‘alaihissalam selaku guru menyuruh Baginda mengulangi bait-bait ayat yang diajar sebanyak tiga kali. Ketika itu Muhammad yang belum bergelar Rasul hanya seorang lelaki yang tidak pernah mendapat pendidikan menulis dan membaca secara fomal bahkan seorang ummiy. Bayangkan kesukaran yang ditempuh oleh Baginda tatkala disuruh membaca berkali-kali di samping dipeluk erat guruNya,Jibril ‘alaihissalam . Rasul berbangsa Arab. Dari suku Quraisy yang bukan saja dimuli

Nama ‘Izrail

`Izrail (عزرائیل) ialah nama yang masyhur bagi malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Perkataan `Izrail dipercayai berasal daripada bahasa `Ibrani atau Hebrew yang bermaksud hamba Allah . Nama `Izrail tidak pernah disebutkan di dalam al-Quran atau as-Sunnah sebaliknya malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) Malakul Maut ( ملك الموت ). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris sebagai Izrail , Izrael , Azrael , Azrail , Azraille , atau Ozryel . Secara harafiah terjemahan namanya membawa erti yang dibantu oleh Tuhan (Whom God Helps). Pendapat Ulama Tentang Nama `Izrail 1. Hafiz ibn Hajr telah membuat perbincangan mendalam mengenai nama malaikat maut, dalam bukunya Al-Imtaa. Dia menyebut beberapa hadis, sungguhpun lemah, yang menyebut nama malaikat maut sebagai Izrail ( Izrael ). 2. Ibnu Kasir telah berkata dalam al-Bidayatu wa an-Nihayah(1/4

Nama-nama Malaikat

Sejak kecil saya menghafal nama sepuluh Malaikat dan tugas-tugasnya. Menurut ustaz dan ustazah yang mengajar mata pelajaran Agama Islam, setiap orang Islam wajib mengetahui nama-nama Malaikat dan tugas-tugasnya. Sementalahan lagi ia tercatat dalam buku teks yang perlu dibaca dan akan disoal dalam peperiksaan. Masa berlalu kini giliran saya pula mengajar anak dan anak murid saya perkara yang sama dan mereka juga turut melalui proses yang sama seperti saya dahulu. Namun sejak akhir-akhir ini saya menjadi kurang pasti adakah nama-nama yang saya hafal itu sebenarnya nama Malaikat. Selain Jibril  yang namanya di sebut Nabi dalam hadis Umar berkaitan rukun-rukun agama, juga nama Mikail dan Israfil dalam doa istiftah solat malam Baginda- HR Muslim dalam kitab Solaatul Musaafiriin wa Qashruha, bab Solaatil Lail wa Qiyaamuhu(صلاة المسافرين وقصرها في باب صلاة الليل وقيامه)no.770 - nama-nama Malaikat lain seperti Izrail, Munkar, Nakir, Raqib, Atid, Malik, Riduan tidak pula saya jumpa dalam al-qu

Bagaimana Beriman dengan Malaikat

Menurut Syeikh Muhammad bin Salih al-‘Usaimin dalam syarah Hadis ke-2 Kitab Matan Arba’in, beriman kepada Malaikat mencakupi beberapa perkara. Beriman dengan nama-nama Malaikat yang diyakini adanya Malaikat bernama demikian seperti Jibril, Mikail dan Israfil. Nama-nama tersebut dinyatakan dalam nas. Beriman bahawa mereka mempunyai tugas seperti, Jibril bertugas menyampaikan wahyu; Mikail bertugas mengurus hujan dan tumbuhan bumi; Israfil bertugas meniup sangkakala. Beriman bahawa adanya malaikat-malaikat yang walaupun namanya tidak disebut secara jelas dalam al-quran atau sunnah tetapi mempunyai tugas khusus seperti malaikat yang bertugas mencatat setiap amalan perbuatan manusia. Beriman adanya malaikat yang tugasnya mengelilingi muka bumi, mencari majlis zikir dan majlis ilmu. Ada yang ditugaskan mencabut nyawa manusia. Firman Allah, “ Katakanlah: "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembal

Tunggu Janji

Semalam TPM, Tan Sri Muhyidin datang ke Baling. Selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling, beliau merasmikan Pejabat PPD Baling Sik yang baru letaknya di Batu 42. Mula-mula urusan parti kemudian urusan kerajaan. Dapatlah ‘claim’ sikit. Habis dikerahnya guru-guru di kawasan Baling datang menyaksikan perasmian pejabat baru itu. Semua guru diwajibkan hadir. Maka dengan penuh kerelaan dalam keterpaksaan melangkahlah rakan-rakan seperjuangan melupakan seketika betapa hari Jumaat itu adalah hari cuti mereka. Dalam ucapannya, beliau meminta guru-guru supaya bersabar. Kerajaan berjanji menimbang soal kenaikan gred guru, katanya lagi. Rupa-rupanya dia sedar yang dia dah buat satu kesilapan besar ketika mengumumkan “berita gembira”- uweekkk - sempena Hari Guru baru-baru ini. Berita yang kononnya menggembirakan golongan guru itu rupanya hanya dinikmati oleh sebilangan kecil warga pendidikan sahaja. Golongan guru merupakan antara penjawat awam yang sangat besar jumlahnya. Di t