Langkau ke kandungan utama

Lidah

Satu hari seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, “Ya Rasulullah, sungguh fulanah itu seorang yang dikenali banyak solatnya, puasanya dan sedekahnya. Tetapi ia juga dikenali kerana jahat lidahnya ke atas para tetangganya.” Maka bersabdalah Baginda kepada lelaki tersebut, “sungguh ia termasuk ahli neraka.”

Kemudian lelaki itu berkata lagi, “Kalau fulanah yang lain dikenali dengan sikit solatnya, puasanya dan sedekahnya tetapi tidak pula ia menyakiti tetangganya?” Maka bersabda Baginda, “sungguh ia termasuk ahli syurga.”(Riwayat Muslim)

Hadis di atas memberi khabar akan bahayanya lidah. Sekiranya lidah itu gagal dikawal dengan iman, ia mampu membawa pemiliknya ke neraka. Meskipun pemilik lidah itu seorang ahli masjid, ahli ibadah, kuat bersolat, rajin berpuasa, suka bersedekah namun lidahnya terlalu ringan memfitnah, berbohong, berbicara keburukan orang lain, menuduh tanpa bukti, maka amalannya menjadi sia-sia.

bentang1

Lidah itu boleh menjadi media taat kepada Allah dan lidah juga boleh berubah menjadi punca maraknya api perpecahan. Lidah yang membawa fitnah, lidah yang bersaksi palsu, lidah yang ghibah dan memecah belah perpaduan ummah. Jika demikian perangainya lidah, lancang dan tidak dikawal, ia menghapuskan segala ibadah yang dikerjakan.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengingatkan akan bahaya lidah sebagai salah satu perkara yang amat Baginda khuatirkan. Sebabnya, semua amalan terhapus akibat kejahatan lidah.

usik3

Suatu hari datang seorang sahabat bernama Sufyan as-Tsaqafi radhiyallahu ‘anhu lalu bertanyakan Baginda, “Wahai Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya.” Baginda menjawab, “Katakanlah, Tuhanku adalah Allah dan beristiqomahlah.” Aku berkata lagi, “Wahai Rasulullah, apakah yang paling Tuan bimbangkan ke atasku?” Baginda memegang lidah Baginda sendiri, lalu bersabda, “Ini.” (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Gara-gara lidah, pahala dihadiahkan kepada orang lain. Gara-gara lidah, seseorang menjadi muflis di akhirat. Gara-gara lidah pemiliknya boleh terhumban ke neraka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se