Langkau ke kandungan utama

Tunggu Janji

Semalam TPM, Tan Sri Muhyidin datang ke Baling. Selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling, beliau merasmikan Pejabat PPD Baling Sik yang baru letaknya di Batu 42. Mula-mula urusan parti kemudian urusan kerajaan. Dapatlah ‘claim’ sikit. Habis dikerahnya guru-guru di kawasan Baling datang menyaksikan perasmian pejabat baru itu. Semua guru diwajibkan hadir. Maka dengan penuh kerelaan dalam keterpaksaan melangkahlah rakan-rakan seperjuangan melupakan seketika betapa hari Jumaat itu adalah hari cuti mereka.

Dalam ucapannya, beliau meminta guru-guru supaya bersabar. Kerajaan berjanji menimbang soal kenaikan gred guru, katanya lagi. Rupa-rupanya dia sedar yang dia dah buat satu kesilapan besar ketika mengumumkan “berita gembira”-uweekkk- sempena Hari Guru baru-baru ini. Berita yang kononnya menggembirakan golongan guru itu rupanya hanya dinikmati oleh sebilangan kecil warga pendidikan sahaja.

Golongan guru merupakan antara penjawat awam yang sangat besar jumlahnya. Di tangan guru-guru ada undi pemutus. Kerajaan sedar hal itu. Makanya mereka berjanji. Tapi janji itu, hanya janji pilihanraya. Selepas pilihanraya dan kerajaan dapat undi 2/3, janji akan tinggal janji. Percayalah!! Itu cakap cikgu-cikgu ketika menatap akhbar hari ini sambil pekena kopi di gerai Bang Mat yang terletak di medan letak kereta Amanjaya Zon Melor.

Kalau begitu, kerajaan kena buktikan yang mereka bersungguh-sungguh nak tolong cikgu-cikgu. Dia kena bagi sebelum pilihanraya. Cikgu-cikgu pun tentu berfikir banyak kali sebelum mengundi pembangkang. Dengar kata PRU-13 akan diadakan pada tahun hadapan. Maknanya kerajaan kena bagi sebelum tahun hadapan. Sebelum tahun hadapan itu maknanya tahun inilah. Tahun ini pula tinggal 7 bulan lagi. Jadi, dalam masa tujuh bulan ini, semua warga pendidik mendapat habuan seperti yang dijanjikan Menteri Pelajaran. Kalau tidak, faham-fahamlah.

:: Tengok muka kekawan semalam pun, mencuka semacam je.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se