Langkau ke kandungan utama

Bukan kemahuan sendiri?

Mana pengantin perempuan? Kami nak tengok.” Kata mak-mak saudara kepada anak saudara kesayangan mereka yang baru melangsungkan perkahwinan di hari bersejarah kedua mempelai tersebut. Tak kisahlah, nanti pun nak kena masuk ‘geng’ juga. 

Tapi yang menyampahnya dan sangat tak patut bila bapa-bapa saudara pun menyibuk sama. “Ha, mana dia? Tak kan nak simpan kut?” Laaa.. dah kemaruk sangat ka? Si pengantin perempuan tu bukan anak saudara hangpa. Dia cuma bini anak saudara hangpa. Apa alasan hangpa nak tengok dia? 

Hoi Man, mana bini hang? Bawak mai la. Kami nak tengok Jerit si kawan-kawan dari tempat basuh pinggan. Ini lagi kemaruk. Apa jadahnya nak tengok bini kawan. Kalau hangpa tu dah kahwin balik rumah tengok bini sendiri la. Kalau tak kahwin lagi, cepat-cepatlah berikhtiar. Nampak dah teruk semacam. Sampai bini orang pun teringin nak tengok.

Masalahnya si mamat yang kononnya raja sehari tu pula dengan bangganya dan terhegeh-hegeh bawak bini jumpa kawan-kawan. Tak cukup lagi. Usik-usik. Bergurau bertampar. Duduk dekat-dekat, himpit-himpit nak ambil gambar.

Ala,hari ni saja. Raja sehari katakan. Raja sehari tengkorak hang. Buat yang ni kena suruh, buat yang tu kena suruh. Orang nak tengok bini pun bagi. Raja apa?

Tapi nak buat macam mana? Dah jadi adat. Jadi budaya. Tak ikut nanti dikatakan sombong pula. Bukan kemahuan sendiri pun. Betul kah?

Ulasan

Iman berkata…
Betoi...betoi...betoi....
macam kawan cek baru ni, berkenalan di Mesir, belajar sesama agama tapi terpaksa bersanding jugak, kerana kehendak orang tua yang mengikut adat...
Azridul berkata…
Nah hai! Yang ni lagi sakit kepala. Kesian kat anak yang mengaji agama. Nanti, apa kata kawan-kawan dia.

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah