Langkau ke kandungan utama

Tiga Kali.

“Baca semua!”

“Ulang lagi!”

“Ulang sekali lagi!”

Begitulah cara saya melatih tubi setiap murid saya. Asal saja masuk tajuk atau kemahiran baru, tak kiralah sama ada ia berupa ayat-ayat al-Quran, definisi atau konsep bagi sesuatu perkara atau sebarang penyataan seperti rukun, syarat-syarat dalam ibadah, semuanya melalui proses latih tubi. Bukan sekali atau dua kali tetapi sekurang-kurangnya tiga kali.

Mengapa tiga kali?

Ia merujuk kepada peristiwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ketika menerima wahyu pertamaNya, Jibril ‘alaihissalam selaku guru menyuruh Baginda mengulangi bait-bait ayat yang diajar sebanyak tiga kali. Ketika itu Muhammad yang belum bergelar Rasul hanya seorang lelaki yang tidak pernah mendapat pendidikan menulis dan membaca secara fomal bahkan seorang ummiy. Bayangkan kesukaran yang ditempuh oleh Baginda tatkala disuruh membaca berkali-kali di samping dipeluk erat guruNya,Jibril ‘alaihissalam.

Rasul berbangsa Arab. Dari suku Quraisy yang bukan saja dimuliakan oleh suku Arab yang lain malah sangat fasih berbicara. Sehingga dikatakan, suku Arab Quraisy saja yang mampu menyebut huruf dhad (ض) dengan tepat. Namun Baginda masih sukar membaca al-quran yang berbahasa Arab ketika kali pertama membacanya.

Murid saya berbangsa Melayu. Tidak semua yang mendapat pendidikan secara formal atau tidak formal di rumah. Malah yang dihantar mengaji oleh ibu bapa mereka pun masih tergagap membaca buku Iqra’ 1 dan 2. Inikan pula yang terabai pendidikan al-qurannya di rumah. Datang ke sekolah mengharap belas ihsan guru untuk membimbingnya mengenal ayat-ayat Allah. Sekali ajar langsung tak ketahuan buah butirnya. Masuk kedua merangkak. Dah masuk tiga kali pun merangkak lagi. Hai, kalau mahu diikutkan hati yang hilang sabar mahu saja dihenyaknya. “Apa punya buta perut?

Tapi itu bukan method Jibril. Method Jibril ialah sabar, tidak gopoh dan kasih sayang. Method yang membentuk daya penguasaan Rasul Junjungan menjadi manusia paling baik bacaan al-quranNya.

Ohh, kalaulah saya boleh melakukan seperti itu.

:: Selamat bercuti terutamanya kepada semua guru dan murid SKTT serta seluruh warga sekolah di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah