Langkau ke kandungan utama

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? "Tak ada benda nak potong." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada!

Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada tanda nama yang dipakai.


Saya terpaksa melalui kawasan mereka yang sedang berbual untuk ke rak buku-buku agama. Saya lihat lelaki itu yang lebih banyak bercakap manakala dua wanita tadi sekadar mengangguk sahaja. Dari perbualan mereka saya yakin lelaki tersebut adalah pengikut ajaran tarekat. Saya cuba amati isi percakapannya. Antara lain:
  1. Syeikh Tarekat mengetahui perkara-perkara ghaib.
  2. Ada seorang Tok Syeikh Tarekat yang sudah tahu siapa akan jadi MB Kedah sebelum pilihanraya 2008 lagi.
  3. Ada lagi seorang Tok Syeikh yang pernah telefon dan memberitahu Tun Abdullah Badawi bahawa beliau akan jadi PM selepas Tun Dr. Mahathir.
  4. Kaum Muda atau Wahabi sesat kerana menolak qias dan ijmak ulamak.
  5. Imam Mahadi nanti mula-mula akan memerangi puak Wahabi dulu sebelum berperang dengan Syiah, Yahudi dan lain-lain.
  6. Nak belajar tarekat kena ambil masa 10 tahun.
Setakat itu saya pun perlahan-lahan beredar keluar. Sambil saya teringat perkataan Imam asy-Syafi'e rahimahullah yang dinukilkan oleh Imam Ibn Al-Qayyim al Jauziyah rahimahullah dalam kitab Talbis Iblis, "Saya meninggalkan Kota Basrah kerana di sana terdapat golongan zindik iaitu sufi/tasawuf, mereka mengerjakan sesuatu yang bid'ah yang mereka sebut dengan tahlilan." Lihat: Talbisu Iblis. Hlm. 370. Ibnu Qaiyim al-Jauzi.

Imam al-Baihaqi yang bermazhab asy-Syafi'e telah menukil dari qaul Imam asy-Syafie dan beliau menjelaskan bahawa Imam asy-Syafi'e sangat benci terhadap golongan sufi atau tasawuf. Imam asy-Syafi'e berkata: “
Tasawuf dibina di atas kemalasan, jika sekiranya seorang lelaki menganut sufi (tasawuf) diawal siang (pagi hari), tidak akan sampai ke Zohor dia akan menjadi seorang yang biul atau dungu”. Lihat: مصرع التصوف أو تنبيه الغبي إلى تكفير ابن عربي

Pada petang semalam di kedai Buku Hasani, saya melihat kebenaran kata-kata Imam asy-Syafi'e pada lelaki itu.


Imam asy-Syafi'e berkata lagi: “Sesiapa bergabung dengan agama sufi maka dia adalah seorang zindik, atau dengan ibarat yang lebih jelas: (Apabila seseorang menjadi) sufi, maka penganut sufi samalah seperti seorang yang menentang kebenaran iman”. Lihat: As-Silatu Baina at-Tasawuf wa-Tasya’u. hlm. 467. Dr. Kamal Mustafa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah