Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dilaporkan sebagai berkata mengenai peluang PAS yang tipis untuk memenangi kerusi DUN Kota Seputeh seandainya berlaku pilihanraya kecil di sana. Tak pastilah sama ada ia mengandungi makna tersirat atau sebenarnya membayangkan peluang tipis PAS dan Pakatan Rakyat merampas kerusi tersebut dari BN.
Mungkin sebahagian orang akan mempersoalkan mengapa perlu bersungguh mengosongkan kerusi tersebut hingga di bawa ke mahkamah lalu diadakan plihanraya kecil sekiranya peluang untuk menang dirasakan sangat tipis. Namun saya berpendapat tindakan mendapatkan perintah mahkamah agar kerusi tersebut dikosongkan dan bertanding dalam pilihanraya kecil merupakan dua hal yang berbeza.
Ini kerana ketegasan Speaker DUN Kedah adalah dikira sangat wajar sebagai peringatan kepada mana-mana ADUN agar tidak bertindak sesuka hati dengan andaian mereka lebih berkuasa atau selamat di bawah naungan SPR. Selain itu rakyat juga patut disedarkan tentang sikap wakil mereka yang acuh tidak acuh dengan tanggungjawab yang dipikulnya.
Selama ini rakyat hanya menganggap seorang wakil rakyat kerjanya menghulur RM, beri tanah merah atau jalan tar kepada penduduk kampung, memacak tiang lampu di tepi jalan, mendirikan balai-balai raya, menerima jemputan kenduri kahwin dan menziarahi orang sakit dan jenazah. Oleh kerana itu, rakyat mengira wakil rakyat yang tidak turun padang sebagai wakil rakyat yang tidak bekerja. Tanpa menafikan perlunya seorang wakil rakyat sesekali meninjau keadaan kawasan yang diwakilinya namun berapa ramaikah di kalangan kita yang prihatin terhadap peranan yang dimainkan oleh wakil rakyat mereka dalam sidang DUN mahupun Parlimen. Pengalaman saya mengikuti sidang belanjawan DUN Kedah tahun lalu, kebanyakan pemerhati sidang hanya terdiri dari penyokong Pakatan Rakyat. Sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk melihat sendiri keberkesanan wakil kita menjalankan tugasnya mengetengahkan permasalahan yang turut didengar oleh MB dan barisan EXCO. Bukan sekadar berkokok di luar dewan berhadapan pemberita tetapi macam tikus monyok pula di hadapan Speaker.
Kesimpulannya, tindakan Speaker DUN Kedah membawa kes ini ke mahkamah dan memohon supaya kerusi di kosongkan sebagai mengingatkan mana-mana ADUN supaya buat kerja dan jangan main-main. Terpulanglah kepada mereka untuk merayu kalau masih menganggap tidak hadir bertugas tanpa sebab itu sebagai tidak bersalah. Prinsip kita, orang yang tidak menjalankan tugas atau mengabaikan tugasnya adalah orang yang tidak amanah dan wajar dihukum.
Manakala pilihanraya kecil adalah soal kedua. Justeru BN mahupun Pakatan Rakyat perlu memilih calon lain yang lebih komited lagi bersedia menjalankan tugas dengan amanah. Tepatlah kalau dikatakan kes ini menjadi pengajaran kepada semua ADUN sama ada dari PR atau BN.

Ulasan