Ada kenduri walimah di rumah En. Sabri. Ramailah kenalan En. Sabri sekeluarga yang dijemput. Sementara jiran tetangga pula sejak dua hari lalu bertungkus lumus menyediakan kelengkapan serta menu hidangan. Lancar perjalanan majlis bermakna harumlah nama seluruh penduduk Taman Serijaya.
Tepat jam 12 tengahari jamuan dimulakan. Tetamu dijemput menikmati hidangan secara layan diri. Dah jadi trend sekarang. Anak-anak muda sudah hilang minat menjadi mentara. Mahu harapkan tenaga 40-an ke atas, mana larat pergi balik menghantar hidangan.
Datanglah Tuan Guru dari Pondok Sik dengan rombongannya. En. Sabri segera menghampiri lalu dijemputnya Tuan Guru duduk dan hidangan dibawa kepadanya. Jusoh pemuda berfe'el rumbu melihatnya dari jauh. Tanpa segan dia bertanya, "kenapa Tuan Guru dilayan 'special'? Orang lain kena layan diri. Dia pula makan berhidang."
"Dia Tuan Guru, kenalah istimewa sikit. Lagi pun dia tak suka cara layan diri ni." Terang En. Sabri.
"Nabi kita dulu tak suka layan-layan 'special' ni. Nabi suka duduk dengan orang miskin. Suka duduk dengan orang kebanyakan. Hormat tuan rumah. Itu Nabi, ini Tuan Guru saja. Takkan Tuan Guru lebih baik dari Nabi?" Jusoh tak puas hati. Tapi En. Sabri tidak terasa hati. Jusoh memang suka cakap lepas.
"Orang Kristian saja yang layan Paderi depa lebih-lebih." Tambah Jusoh lagi.
Kali ini riak wajah En. Sabri berubah sedang Jusoh berlalu selamba.

Ulasan