- Seperti biasa saya dan rakan-rakan berbuka di surau al-Muhtadin. Turut serta dalam kalangan kami adalah seorang warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh binaan. Mujahid namanya. Oleh kerana sudah lama menetap dan bekerja di sini, dia mendapat kepercayaan untuk mengurus projek sendiri secara kecil-kecilan.
- Pada satu malam sedang kami berbuka, sahabat Bangladesh ini menerima panggilan dari seseorang.
- Kami jadi terkejut. "Siapa pula yang telefon tengah waktu berbuka ni?" Tanya salah seorang dari kami. "Orang India. Dia mahu hantar barang projek." Kata Mujahid.
- Sekali fikir, tak mungkin orang India itu tak tahu ketika itu waktu berbuka. Bukan sehari dua dia tinggal di sini. Malah lahirnya pun di sini.
- Dua kali fikir, mungkin dia benar-benar tak tahu. Seperti kita juga yang tidak cuba memahami agama lain, mana mungkin kita minta orang lain memahami agama kita.
- Dalam masa yang sama kita juga tidak cuba membuka ruang agar mereka cuba memahami agama kita. Kita wujudkan sekatan. Kita ciptakan pantang larang. Kita kuburkan minat sebahagian dari mereka yang ingin belajar tentang agama kita.
- Sudah lama masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini hidup berjiran. Namun tidak ramai yang cuba saling mengenali dan memahami.
Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...
Ulasan