Langkau ke kandungan utama

Tuduhan liwat. Apa sikap kita?

Dia kena lagi. Kena tuduh lagi. Liwat! Liwat! Liwat! Tuduhan yang sama dari orang yang dikatakan rapat dengan dia juga. Pembantu khas, khabarnya. Mengulangi episod luka lama.

Terserah kepada kita. Mahu percaya atau tidak. Tapi bagi orang beriman, tindakan yang diambil wajib berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Bagi dakwaan yang melibatkan salah laku seks sama ada zina atau liwat, al-Quran, as-Sunnah dan kaedah fiqh telah menetapkan supaya pendakwa hendaklah membawa empat orang saksi yang adil dan melihat sendiri pelakuan zina atau liwat seperti yang didakwa.

Lainlah kalau orang yang tidak beriman. Mereka boleh ambil sikap apa saja. Percaya atau tidak, boleh saja bergantung kepada naluri mereka atau siapa yang menuduh atau siapa yang kena tuduh. Apatah lagi yang dituduh itu merupakan lawan yang mengancam kedudukan mereka.

Sikap saya dalam hal ini sangat jelas. Percaya atau tidak, bergantung kepada sejauh mana proses pengadilannya menurut kehendak Islam. Bukan kerana orang yang dituduh itu Anwar Ibrahim.

Ketika Datuk Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dengan Altantuya berbuktikan gambar palsu yang dibawa Tian Chua, saya turut menolak tuduhan tersebut. Malah saya kecewa bila ada penceramah-penceramah PAS menggunakan bukti palsu itu untuk menyerang Datuk Seri Najib. Adilkah bagi kita yang bercakap tentang Islam dan Iman tetapi berkelakuan membelakangkan keduanya apabila ada peluang menjatuhkan musuh.

Allah berfirman yang bermaksud,
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (al- Hujurat: ayat 6)

Ayat ini mengingatkan agar kita berhati-hati dengan pembawa berita. Seandainya yang datang itu si fasik, maka kita disuruh menelitinya terlebih dahulu. Bagaimana pula kalau pembawa berita itu seorang kafir. Wajarkah kita ketepikan ayat ini hanya kerana pembawa berita itu 'orang kita'?

Ada baiknya peristiwa yang berlaku ini dijadikan panduan agar kita tidak melulu mengambil tindakan. Bersikap adil ketika menuduh dan membela.

Bukan kerana dia seorang Anwar Ibrahim, kita bermatian membelanya. Tetapi kita membela seseorang kerana ia dizalimi. Moga Allah tunjukkan kebenaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...