Langkau ke kandungan utama

MB Kedah lepas geram

Rabu lepas, selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO, MB Kedah YAB Ustaz Azizan bin Abdul Razak telah menghamburkan kemarahan dan kekesalannya kepada TV3.

Sejak beberapa hari yang lalu TV3 asyik menyiarkan berita-berita palsu berbaur fitnah bertujuan memburukkan kerajaan negeri yang telah menjangkau usia 100 hari itu. Antara yang ditimbulkan oleh TV yang 3 suku itu ialah mengenai konon wujudnya pertelingkahan antara generasi muda dalam PAS Kedah dan Ustaz Azizan sendiri yang mahukan jawatan MB diberikan kepada 'orang muda'. Selain itu disiarkan juga kononnya Ustaz Azizan akan melepaskan jawatan, cerita perebutan jawatan ketua kampung di kalangan ahli PAS dan konflik yang dikatakan sedang hangat berlaku di Kulim Hi Tech Park.

Sebaik bermula sidang akhbar, Ustaz Azizan terus menujukan kemarahannya kepada wakil TV3. Menariknya, apabila ditanya MB siapa pemberita TV3, wakil tersebut menunjukkan kepada jurugambarnya yang sedang memegang kamera. Sedangkan wakil-wakil media yang ada ketika itu tahu siapa sebenarnya pemberita.

MB dalam kenyataannya menyifatkan TV3 sebagai tidak beretika (yang ini semua orang tahu), mengambil berita dari kedai-kedai kopi, tidak mendapatkan dari sumber yang sebenarnya. Beliau turut kesal kerana selama ini beliau memberi layanan yang baik kepada TV3 untuk mendapatkan berita mengenai perkembangan kerajaan negeri. Sebaliknya laporan yang benar tidak disiarkan malah yang palsu pula dijadikan bahan berita oleh TV3.

Hanya dua soalan sahaja yang dikemukan dalam sidang akhbar tersebut. Masing-masing tidak berani mengemukakan soalan. Tangan menggeletar termasuk wakil dari Harakah. Ini diakui oleh beliau sendiri. Malah ada wartawan yang tidak turut serta ketika jamuan kerana masih ketakutan.

Sesiapa sahaja yang cintakan kebenaran dan mengharapkan kejujuran pihak yang menyampaikan berita tentu sekali kecewa, marah dan geram dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3. Tidak ada tanda-tanda mereka akan insaf dengan kejahatan yang mereka lakukan. Berbangga dengan kejahatan sendiri lantaran keyakinan yang sangat tinggi terhadap pihak yang melindungi dan menaungi mereka. Namun mereka lupakan kuasa yang Maha Besar dan Maha Melihat kerana keyakinan mereka hanya untuk kuasa yang sementara itu.

Mungkin juga KEGILAAN mereka menyiarkan berita-berita gila kerana merasakan pilihanraya belum selesai. Masih bersemangat untuk meneruskan kempen. Memburukkan pihak yang bertentangan dengan tuan mereka dengan harapan tuan mereka akan menang dalam PRU. Kalau begitu, betullah kata orang, "ini TV3SUKU".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...