Langkau ke kandungan utama

Ada peluang di DUN Sanglang?

Pilihanraya semula mungkin diadakan di DUN N.15 Sanglang, Perlis. Ia berikutan petisyen yang dikemukakan calon PAS, Ustaz Hashim Jasin. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan mahkamah pilihanraya.

Semua pihak termasuk peguam Jega Karuppiah yang mewakili calon BN, Abdullah Hassan mengakui kesilapan dalam keputusan pilihanraya. Maka petisyen tidak diteruskan dengan perbicaraan.

Pihak UMNO mahu pilihanraya diadakan semula. Berikutan itu peguam mereka membangkitkan tentang tiadanya peruntukan kuasa mahkamah pilihanraya mengisytiharkan pemenang di DUN tersebut.

Sedangkan di pihak PAS mahukan calon yang mendapat undi tertinggi diisytiharkan mahkamah sebagai pemenang. Hakim pilihanraya, Dato' Zainal Adzam bin Abdul Ghani memutuskan 18 Jun untuk memberikan keputusan.

Situasi seperti ini pernah berlaku di Parlimen Pasir Putih, Kelantan dalam PRU 2004. PAS kemudian secara "gentlemen agreement" menyerahkan kerusi tersebut kepada BN kerana menyedari kesilapan yang berlaku.

UMNO wajar mencontohi sikap PAS dalam kes di Sanglang ini. Ia bagi mengelak dari berlakunya pilihanraya sekali lagi. Setidak-tidaknya menyelamatkan semua pihak dari pertelingkahan kali kedua dalam tempoh yang amat singkat.

Namun jika BN masih berkeras dengan kehendak mereka, mereka sebenarnya menjerut leher sendiri. PAS dan Pakatan Rakyat telah bersedia dengan isu besar. Malapetaka kenaikan harga minyak, kenaikan tarif elektrik dan harga barang yang melambung akan diadun sebaik mungkin.

PR sudah pasti akan menggunakan medan ini untuk membuktikan kepada kerajaan BN bahawa rakyat menolak keangkuhan dan kerakusan mereka menguruskan harta rakyat seperti harta 'mak bapak' mereka sendiri.

BN bakal menanggung kekalahan yang memalukan. Tidak mustahil majoriti calon PAS akan bertambah dari majoriti tipis 49 undi yang sepatutnya.

Sebaiknya BN berhati-hati membuat keputusan. Pilihanraya semula tidak menguntungkan mereka. Jauh sekali merampas kerusi tersebut daripada PAS. Pak Lah sudah tentu tidak ingin diaibkan lagi. Sedang di Perlis, UMNO masih bergolak.

Apa pun, kita tunggu keputusan mahkamah pilihanraya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...