Langkau ke kandungan utama

Masih wujud

Setahun lamanya! Ya, lama sungguh! Terlalu lama aku membiarkan blog ini tanpa sentuhan dan tanpa pengisian. Tanpa sebab dan alasan yang munasabah pada perkiraanku. Namun begitu sebab dan alasan itu juga yang aku pegang hingga menjadikan blog ini terbiar begitu lama.

Alasannya kerana aku dan keluarga berpindah dari rumah lama ke rumah baru yang kami diami sekarang kira-kira  setahun yang lalu. Ketika di rumah lama aku merupakan pelanggan TM/Streamyx yang sangat aktif. Bila-bila masa aku nak buka dan access internet bukan satu masalah kecuali kalau kabel telefon dikebas penyamun. 

Berbeza di rumah sekarang yang kawasan sekitarnya tidak menyediakan khidmat TM. Lalu terpaksa aku menggantikannya dengan khidmat Celcom. Dengan pakej berharga RM98, aku diperuntukkan pengunaan sebanyak 6gb. Bulan pertama tak cukup lalu aku cuba jimatkan penggunaannya pada bulan-bulan berikut. Kekadang terlajak juga. Kerana itu aku jarang access internet di rumah. Aku terpaksa mengutamakan penggunaan internet untuk kerja-kerja rasmi aku. Maklumlah sekarang terlalu benyak kerja menggunakan on-line. Ini belum lagi anak-anak remaja aku balik dari asrama. Alamatnya 24 jam terpasang mengikut giliran masing-masing. 

Lama juga aku cuba untuk menyesuaikan keadaan. Sekarang aku akan cuba untuk kembali aktikan blog aku yang aku kira sebagai satu tanggungjawab. Dulu aku marah bila aku tengok blog-blog yang tidak diupdate oleh tuan punya blog. Lagipun aku kena maklumkan kepada pengunjung-pengunjung blog sama ada secara sengaja atau tidak sengaja bahwa pemilik blog ini masih wujud.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se