Langkau ke kandungan utama

Hadapi musibah dengan doa dan istighfar

Tidaklah dinamakan manusia jika bebas dari masalah. Sedang masalah itu merupakan ujian dari Allah yang dijanjikan ketinggian martabat buat mereka yang berjaya mengharunginya dengan kesabaran. Sungguh Allah tidak pernah mensia-siakan amalan para hamba-NYA. Firman Allah yang bermaksud "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (al-Baqarah: ayat 156-157)



Namun dalam usaha mengharungi ujian, insan adakalanya hilang arah. Rasa sabar yang tergugat malah berani pula mempertikaikan qada' dan qadar Allah, menjadikan insan itu semakin jauh dengan Allah. Maka kemuliaan yang dijamin sebaliknya kehinaan yang diperolehi. Malanglah manusia seperti ini yang gagal mengesan kasih sayang Allah disebalik ujian yang menimpa. Na'uzubillah. Ya Allah! Hamba mohon perlindungan dari bersikap sedemikian kerana sesungguhnya kerap kali juga hamba termasuk dalam kumpulan manusia seperti ini.



Sungguh Allah tidak pernah membiarkan hamba-hamba-NYA tergapai-gapai keseorangan mencari penyelesaian sesuatu masalah mahupun cubaan yang sedang ditanggung. Berdoa memohon pertolongan daripada-NYA adalah yang terbaik. Kerana Allah sangat suka kepada hamba yang sering menjadikan-NYA tempat pergantungan. Bahkan itulah ikrar insan setiap kali mengerjakan solat. "Hanya Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan."(al-Fatihah: ayat 5) Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(al-Baqarah: ayat 186)



Selain berdoa, Allah juga mengurniakan nikmat kesenangan kepada hamba yang sering beristighfar dan bertaubat kepada-NYA. Lihat firman Allah dalam surah Nuh tatkala menceritakan pengalaman perit Rasul-NYA itu berdakwah selama 950 tahun tetapi sambutannya sangat sedikit. Firman Allah, "Maka aku(Nuh) katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.(Surah Nuh: ayat 10-12)

Demikian janji Nabi Nuh kepada kaumnya. Dengan bertaubat dan memohon keampunan Allah, pasti Allah mengirimkan hujan, menambah harta dan anak-anak di samping kurniaan berupa kebun-kebun dan sungai yang mengalir di dalamnya. Sudah pasti ini bukan janji kosong kerana mustahil seorang Nabi dan Rasul bercakap bohong melainkan pertuturan mereka merupakan wahyu dari Allah. Maka pengajarannya ialah memperbanyakkan istighfar dan taubat juga merupakan kaedah terbaik untuk melepaskan diri dari tekanan dan musibah.

Dan akhirnya jangan dilupakan juga pada ikhtiar kerana insan adalah makhluk yang dikurniakan akal.

Moga ada manfaatnya. Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se