Langkau ke kandungan utama

Bermulanya kerja…..

Pejam celik dah nak masuk tahun baru. Maknanya dua tiga hari lagi sekolah buka. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam saya bersalam dengan murid-murid tahun 6 yang akan meninggalkan alam sekolah rendah. Masih terbayang wajah-wajah yang menitiskan air mata memohon maaf atas kesilapan lalu di samping ucapan selamat tinggal. Rupa-rupanya ia berlaku kira-kira sebulan yang lalu.

Hari ini saya melangkah ke sekolah memulakan tugas untuk tahun persekolahan 2011. Eh, dah mula bertugas? Ya, hari ini saya dan rakan-rakan memulakan sesi persekolahan dengan menghadiri mesyuarat guru kali pertama. Bermakna bermulalah tugasan untuk tahun 2011.

Dalam mesyuarat, Guru Besar menyampaikan pesanan-pesanan dari Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah dan pegawai-pegawai lain. Pesanan-pesanan itu dia dapat ketika menghadiri taklimat-taklimat semasa cuti lepas. Dah namanya pesanan, bukan sekadar untuk didengar tetapi juga mesti disusuli dengan tindakan. Sesekali saya dan rakan-rakan saling memandang antara satu sama lain. Kemudian kami diberi tugas yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran. Ah, terima saja. Jangan engkar perintah. Kalau kita rasa kerja banyak, kekawan lain pun sama juga. Selain dikekalkan beberapa jawatan utama, ada juga tambahan jawatan yang tak kurang pentingnya. Saya kekal di posisi Ketua Panitia PAI, Ketua Penasihat Rumah Sukan, Ketua Penasihat Kelab Bola Sepak, Ketua Penasihat PBSM dan Setiausaha Peperiksaan (Awam). Tambahannya pada jawatan Setiausaha Peperiksaan (Dalaman) yang menjadikan saya penyandang penuh jawatan Setiausaha Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2011. Dengan jumlah waktu mengajar 750 minit seminggu plus jawatan-jawatan utama yang lain, mampukah saya melakukannya? Lama juga saya termenung memikirkannya.

Selesai mesyuarat ada jamuan. Sambil ‘pekena’ kami bersembang dengan topik utamanya ialah kejayaan Malaysia menumpaskan Indonesia. Menariknya kami langsung tidak menyentuh hal-hal yang berkisar mesyuarat tadi. Selepas makan, rakan-rakan yang menjadi guru kelas melayan pula waris-waris yang mahu membayar yuran persekolahan anak-anak mereka. Saya dan isteri turut menyelesaikan yuran dua orang anak kami yang masih belajar di situ. Kira-kira jam 1.15 tengahari kami berangkat pulang sementara menanti sekolah dibuka pada hari Isnin nanti. Demikianlah adanya ……………….

Hari Ahad cuti lagi selepas YAB Perdana Menteri mengisytiharkan cuti umum pada hari Jumaat.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...