Langkau ke kandungan utama

Azam

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia (lain)." (Dari Jabir bin Abdullah radiyallahu 'anhuma, diriwayatkan oleh Daruqutni dalam al-Afraad dan as-Suyuthi dalam al-Jami' as-Saghier bertaraf Hasan).

Kalau boleh dikatakan azam, inilah azam sempena datangnya 1432H. Ya, berazam untuk memberi manfaat kepada insan-insan terutamanya yang berada di sekililing saya sedaya mampu.

Bermanfaat untuk keluarga. Ibu ayah, isteri dan anak-anak, adik-adik dan saudara mara yang lain.

Bermanfaat kepada jiran-jiran. Bermanfaat kepada sahabat-sahabat jauh dan dekat. Bermanfaat kepada murid-murid dan bekas murid. Bermanfaat kepada manusia-manusia yang dikenali atau tidak dikenali.



Menghulurkan bantuan, berkongsi pandangan, buah fikiran, ilmu serta pengalaman. Di rumah, di surau, sekolah, kawasan kejiranan, di jalan raya, di bandar, kompleks membeli belah, di mana-mana.

Tak kira apa bentuk bantuan. Tenaga atau wang ringgit. Berdisiplin di jalan raya atau menjaga kebersihan alam sekitar juga besar manfaatnya kepada manusia lain.

Paling tidak pun sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dalam doa-doa saya.

"Dari Abu Darda' radiyallahu 'anhu bahawasanya ia mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tiada seorang hamba pun yang Muslim yang berdoa untuk saudaranya yang tiada bersamanya, melainkan Malaikat akan berkata, engkau juga memperolehi sebagaimana yang engkau doakan itu."
(Riwayat Muslim)

Jadilah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain. Tiada cara lain kecuali melibatkan diri di tengah-tengah masyarakat. Kikis sikap pentingkan diri sendiri. 'Hidup Untuk Memberi,' kata Ustaz Hasrizal Saiful Islam.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah