- Setiap kali Ramadan, surau al-Muhtadin juga tidak ketinggalan menyediakan bubur lambuk. Walaubagaimanapun ia tidaklah dimasak setiap hari, cuma pada hari-hari tertentu sahaja. Tahun ini pula lebih kerap dari tahun-tahun sebelumnya.
- Dengan resepi khusus, ia diakui sedap oleh sesiapa yang pernah merasainya.
- Dua tahun yang lalu, ketika bubur lambuk al-Muhtadin(nama tu saya yang bagi) mula diperkenalkan, saya bawa sebungkus ke rumah mama.
- Arwah nenek kata, sedap. Kata arwah nenek lagi, saya pandai masak bubur lambuk. Saya sekadar senyum tanpa jawapan. Susah juga nak terangkan kerana arwah nenek ada masalah pendengaran.
- Ramadan tahun ini, kali kedua kami berpuasa tanpa nenek. Nenek meninggal tahun lalu pada tarikh 7hb. Jun ketika berlangsungnya Muktamar PAS ke-55.
- Saya masih lagi membawa bubur lambuk ke rumah mama. Lagi pun mama, baba dan adik-adik pun sukakannya. Bukan sebungkus tapi dua. Ketika itu juga saya teringatkan arwah nenek dan pujiannya.
Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...
Ulasan