Langkau ke kandungan utama

Samseng tahi kucing

  1. 35 murid berusia antara 10 hingga 12 tahun di sebuah sekolah dalam daerah Kulim Bandar Bharu telah dikenakan denda menghisap cerut oleh seorang guru sekolah tersebut. Ia berikutan murid-murid tersebut telah didapati bersalah kerana menghisap rokok.
  2. Saya tidaklah bermaksud membela mana-mana pihak. Baik murid yang menghisap rokok atau guru yang menjatuhkan hukuman, kedua-duanya telah melakukan perbuatan yang tidak wajar.
  3. Saya menyokong pandangan YB Taulan Rasul, EXCO Pelajaran Kedah dan Pengarah Pelajaran Kedah bahawa denda yang dikenakan adalah sangat melampau. Guru sepatutnya memilih cara yang lebih berhemah dan bersifat mendidik daripada menggunakan tindakan kekerasan.
  4. Secara umumnya, kebanyakan pelajar sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah yang melanggar disiplin melakukannya dengan suka dan rela. Hisap rokok, ponteng sekolah, ponteng kelas, buli, menganggu pelajar lain, lawan cakap cikgu, tak buat kerja rumah, bergaduh dan sebagainya dilakukan dengan sukarela tanpa paksaan. Setiap kelakuan tanpa ada perasaan malu atau segan. Hilang rasa hormat dan bersikap kurang ajar pada guru. Berbangga pula kalau diberi jolokan samseng.
  5. Namun demikian, di sebalik rasa bangga itu rupa-rupanya ada sedikit perasaan yang terlalu sentimental. Dan perasaan itu muncul ketika dipanggil guru dan kemudian didenda.
  6. Lalu pulanglah mereka ke rumah dan mengadu pada ibu bapa bahawa mereka telah dirotan oleh cikgu disiplin. Samsenglah kononnya. Kena sikit pun mengadu kat mak bapak!
  7. Mak bapa pun datang tanya, "Kenapa pukul anak saya? Saya sendiri pun tak pernah pukul." Si anak di sebelah pula buat muka sepuluh sen. Samseng buat muka sepuluh sen? Kah! Kah! Kah!
  8. Apa ke jadahnya samseng tu. Kena sikit dah nak mengadu. Di rumah pula tak pernah rasa sakit.
  9. Budak-budak dulu kalau kena rotan dengan cikgu, minta maaflah nak cerita kat mak bapak. Kalau mak bapak dapat tahu, silap-silap ditambahnya lagi. Kalau kekawan pula dapat tahu, malu setahun. Setahun kena perli dengan kekawan. Tapi tak mengaku pun jadi samseng.
  10. Cikgu nak pesan kat bebudak yang suka langgar disiplin dan berlagak samseng, kalau nak jadi samseng, jadilah samseng sejati. Jangan jadi samseng yang manja. Siap mengadu kat mak bapak lagi kalau kena rotan. Malu lah sikit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...