- Telah tersebar di kalangan para penuntut ilmu ucapan "Nabi Ibrahim adalah Khalilullah(kekasih Allah), Nabi Muhammad adalah Habibullah(kecintaan Allah) dan Nabi Musa ada Kalamullah(yang berbicara secara langsung dengan Allah).
- Tidak diragukan lagi bahawa Nabi Muhammad adalah Habibullah kerana Baginda sangat mencintai Allah dan Baginda juga dicintai Allah.
- Tetapi dari segi darjatnya, Khalilullah adalah lebih tinggi dari Habibullah.
- Nabi Muhammad juga merupakan Khalilullah berdasarkan sabda baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah menjadikan aku sebagai Khalil, seperti mana DIA menjadikan Ibrahim sebagai Khalil. Seandainya aku diperkenankan mengambil seorang Khalil dari umatku, nescaya aku akan mengambil Abu Bakar sebagai Khalil".(Riwayat Muslim)
- Justeru orang yang mengatakan bahawa Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam sebagai Habibullah sahaja, sebenarnya dia telah mengurangi hak Rasulnya.
- Darjat al-mahabbah berada di bawah darjat al-khullah.
- Maka itu ucapan yang lebih selamat adalah "Kita tidak mengetahui di antara manusia yang memiliki sebutan Khalilullah selain Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad عليهما الصلاة والسلام.
- Ada pun perkataan mahabbah kurang keistimewaannya berbanding kata al-khullah. Kata mahabbah banyak disebut dalam al-Quran dan ia ditujukan kepada banyak golongan seperti firman Allah, "Sesungguhnya Allah menyukai (yuhibbu-'hubbun') orang-orang yang berbuat baik." (al-Baqarah:195). Firman Allah dalam ayat lain, "Sesungguhnya Allah menyukai (yuhibbu-'hubbun') orang-orang yang berperang di jalanNYA dalam satu barisan."(as-Saff:4) Demikan pada ayat-ayat yang lainnya.
Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...
Ulasan