- Alhamdulillah wal hamdulillah. Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Luas RahmatNYA kerana diberi peluang lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadan.
- Sememangnya Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan kedatangannya oleh sekalian makhluk Allah.
- Ramadan ibarat bulan penuh keajaiban. Ia datang menyapa hati-hati yang lalai untuk kembali mengingati Allah. Insan berlumba-lumba melakukan amal kebajikan.
- Bulan penuh barokah ini juga menjadikan insan mampu membezakan kebaikan dan keburukan. Lalu kebaikan diusahakan semaksima mungkin sedang maksiat sedaya upaya dijauhkan. Masakan tidak. Syaitan dirantai dan dipenjarakan, pintu neraka ditutup, manakala rahmat dan maghfirah Allah bertebaran. Subhanallah.
- Namun masih ada yang lalai. Moga diri tidak tergolong dalam golongan yang lalai.
- Salam Ramadan untuk semua. Moga kita diberi kekuatan pada melaksanakan perintah Allah. Diberi ketabahan pada menghadapi ujian kelaparan dan kepayahan. Diberi kesabaran pada menghadapi ujian berupa pesona beraneka jenis makanan dan persediaan menghadapi lebaran.
- Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang lalu. Proses pentarbiyahan jiwa dan hati yang berlangsung sepanjang sebulan dapat membentuk peribadi mulia sebelas bulan yang berikutnya.
- Ia bergantung kepada sejauh mana insan memanfaatkan peluang yang hanya setahun sekali diperolehi ini.
- Sesungguhnya Ramadan tidak pernah mengecewakan.
Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...
Ulasan