Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Sedutan kuliah di IQ

Dalam kuliahnya tadi, Dr. Asri terus bertegas menyeru agar dihentikan amalan politik selak kain atau mendedahkan aib lawan. Dalam usaha menyeru makruf dan mencegah mungkar, seharusnya dibezakan antara maksiat peribadi dengan jenayah umum. Kalau RM50 juta wang negara lesap, rakyat wajar mengambil peduli siapa yang bertanggungjawab. Namun sangat tidak wajar maksiat yang dilakukan secara bersembunyi dan langsung tidak memberi kesan kepada negara, pelakunya didedahkan kepada pengetahuan umum.  Dr. Asri juga menegaskan bahawa prinsip ini diperjuangkan sejak beliau menjadi Mufti Perlis lagi. Sejak dulu beliau mengingatkan tantang bahaya tindakan mengintip salah laku seseorang yang dilakukannya secara bersembunyi. Namun ketika itu, menurutnya pihak yang paling kuat menentangnya ialah parti pembangkang. Saya masih ingat antara individu yang paling lantang mengkritik pandangan Dr. Asri ketika itu ialah Pesuruhjaya PAS Perlis. Ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Merbok, Dr. Asri d...

Akhbar lama

Petang tadi sedang saya memunggah akhbar-akhbar lama, tiba-tiba mata terpandang muka depan Utusan Malaysia yang bertarikh 24 Mei 2010 bersamaan 10 Jamadil Akhir 1431 hari Isnin. Terpampang tajuknya “Kedah Goyah” yang memuatkan kenyataan-kenyataan yang menjurus kepada kemungkinan kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Rakyat mungkin beralih tangan. Ia ekoran desas desus beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat akan melompat parti. Itu cerita lama. Dah basi pun. Tapi itulah harapan BN Kedah dan BN Pusat suatu masa dulu yang disuarakan oleh balaci kesayangan mereka, akhbar Utusan Malaysia. Setahun berlalu, khabarnya Ustaz Azizan masih lagi jadi MB. Itu pun kalau tak silap saya la! Eh, bukan kut? Orang kata YB Bakar Bata yang jadi MB sekarang. Kah.. kah.. kah.. Sori la! Kurang beri perhatian isu politik semasa.

Nikah di masjid: Penjelasan Datuk Ahmad Jusoh

Baca dulu, renung dulu, kaji dulu, baru komen. Kalau nak hentam pun, hentamlah. Oleh Syed Mu’az Syed Putra KUALA LUMPUR, 24 Mac — Ahli Majlis Fatwa Perlis Datuk Ahmad Jusoh menafikan beliau ada mengatakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah menyimpang amalan Rasulullah. Sebaliknya beliau menegaskan, akad nikah di masjid bukan amalan Rasulullah dan oleh itu mana-mana pasangan yang mahu bernikah boleh memilih lokasi lain selain masjid. Ahmad juga menegaskan, ketika itu beliau bercakap atas kapasiti Pengerusi Jawatankuasa Masjid Putra, Kangar dan bukannya selaku ahli Majlis Fatwa Perlis seperti dilaporkan media hujung minggu lalu. “Ketika mesyuarat ada seorang imam beritahu kepada saya ada pasangan nak buat akad nikah di masjid, kemudian saya kata tidak perlu buat di masjid kerana di mana-mana pun boleh selagi cukup syarat nikah. “Kemudian saya jelaskan kalau selalu buat di masjid kemungkinan ia akan menjadi satu upacara yang bertentangan ketika di zaman Rasulullah sebab k...

Kerana Dendam

Melihat kepada trio disebalik tersebarnya video seks seorang pemimpin pakatan pembangkang, rasanya tak patut bagi seorang yang berimej lebai yang kepalanya tak pernah lekang dari kopiah putih mengulas malah mempercayainya. Individu yang dimaksudkan sering bercakap tentang Islam dan sentiasa bersikap tegas dalam isu-isu yang dilihat boleh mencemarkan imej Islam. Individu ini bukan main keras lagi melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian. Individu ini juga keras melarang orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Malangnya dalam isu yang membabitkan bekas bosnya ini, individu ini mengenepikan prinsip-prinsip agama yang dipegangnya selama ini. Individu ini begitu mudah mempercayainya tanpa meneliti dan mengkajinya terlebih dahulu isi kandungan dan pihak yang menyebarnya. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya), “ Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita , maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kep...

Sekadar Tempat ke-3

Selama dua hari berturut-turut pasukan bola sepak sekolah yang saya bertanggungjawab membimbing sepenuhnya terlibat dalam pertandingan peringkat Pusat Kegiatan Guru atau PKG. Namun agak mengecewakan apabila hanya mampu mara setakat peringkat separuh akhir sahaja setelah ditewaskan pasukan lawan dengan jaringan 1-0. Kegagalan mara ke peringkat akhir terubat juga apabila pasukan berjaya meraih tempat ke-3. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan dan kerjasama sepanjang saya melatih pasukan terutamanya kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Ko Kurikulum. Begitu juga kepada rakan-rakan guru yang banyak membantu dan menyumbang idea dan tenaga. Tidak lupa kepada waris-waris pelajar dan masyarakat setempat yang turut memenuhi kawasan padang memberi sokongan. Akhir sekali ucapan tahniah kepada pemain-pemain pasukan yang bersungguh-sungguh berusaha dan mencuba sehingga berjaya sampai ke tahap ini.

Membendung jalan menuju syirik

Islam telah berusaha dengan pelbagai cara di samping menghancurkan jalan-jalan yang membawa umatnya kepada syirik atau menyerupai perbuatan golongan musyrikin. Antaranya kita menemui ketegasan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menolak sikap yang berlebihan dalam menghormati Baginda. Justeru Baginda mengingatkan para sahabat-Nya melalui sabdaan yang bermaksud, “ Janganlah kamu menyanjungi diriku seperti orang-orang Nasrani menyanjungi Isa ibn Maryam. Dan katakan (bahawa aku ialah) Hamba Allah dan utusan-NYA .” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) Dari Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, (maksudnya) “ Bahawa seorang lelaki pernah berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Apa yang dikehendaki engkau dan Allah? Lalu Nabi menyanggah (dengan berkata): Apakah engkau telah menjadikan aku sebagai sekutu Allah? Katakanlah: Apa yang dikehendaki Allah saja .”( an-Nasaa-i ) Pernah berlaku satu peristiwa di zaman Rasulullah, orang-orang mukmin diganggu seorang munafik. Lalu orang-orang mu...

Kerana minat jadi senang

Manusia ini ada bermacam ragam. Kerana itu hidup ini menjadi meriah. Cuba bayangkan kalau manusia keseluruhannya mempunyai minat yang sama. Kita mungkin hanya dapat melihat kereta Toyota Avanza 1.3 manual berwarna merah saja yang bergerak di atas jalan raya. Demikian manusia mempunyai pandangan yang berbeza mengenai jawatan. Kalau semua orang suka pada jawatan, masalah timbul bila manusia berebut-rebut mahu mengisi kekosongan. Kalau semua tak suka, nanti siapa pula yang mahu memikul tanggugjawab memimpin. Kata orang, setiap kerja yang dilakukan dengan rasa seronok pasti hasilnya menggembirakan. Begitulah sebaliknya. Ada jawatan yang buat kita rasa seronok. Dan ada jawatan yang hanya menjadikan kita pelaku yang terpaksa dan rasa terseksa. Saya senang diberi beberapa jawatan di sekolah. Dengan senang hati juga saya cuba menyelesaikan setiap tugasan yang berkaitan dengan jawatan-jawatan tersebut. Saya senang dilantik sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam, Setiausaha Peperiksaan, Ket...

Seimbang

Dari Anas bin Malik radiyallahu ‘anhu, ia berkata: Pernah suatu ketika Mu’az bin Jabal radiyallahu ‘anhu menjadi imam solat berjamaah. Di kalangan mereka terdapat Ibn Muhlan yang berhasrat menyirami tanaman kurmanya. Ketika sedang berlangsungnya solat, Ibn Muhlan mendapati Imam membaca surah yang terlalu panjang sedang dia ingin segera ke kebun kurmanya untuk menyelesaikan urusannya. Lalu dia mempercepatkan solatnya sehingga selesai terlebih dahulu dari solatnya Muaz dan jamaah yang lain. Selesai solatnya, Mu’az dikhabarkan tentang seseorang yang menjadi makmum tetapi mendahuluinya. Mu’az pun berkata, “ Sesungguhnya dia benar-benar seorang munafiq. Apakah patut dia mempercepatkan solatnya hanya kerana mahu menyirami pohon kurmanya ?” Ketika Ibn Muhlan mendengarkan hal itu, dia pun datang berjumpa dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam untuk mengadu. Kata Ibn Muhlan, “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bertujuan menyirami pohon kurma ku, tapi aku terlebih dahulu ke masjid dan solat...

Syukur

Seorang suami menyatakan hasrat hati ingin berkahwin seorang lagi kepada isterinya. Tidak mahu dikatakan mengkhianati kepercayaan isteri, si suami memberanikan diri. Si isteri yang terkejut berasa kurang selesa dengan permintaan suaminya. Lalu terjadilah dialog antara keduanya yang berlangsung dalam suasana harmoni, saling memujuk dan saling meyakinkan. Si suami berusaha memujuk dan meyakinkan isterinya tentang keperluan untuk beristeri seorang lagi. Si isteri pula berusaha memujuk dan meyakinkan suaminya supaya membatalkan niat yang sekian lama terbuku di hati. Akhirnya tibalah kepada dialog yang kemuncak. Isteri : Tak cukup lagi kah apa yang Siti bagi kat abang? Suami : Cukup, malah berlebih-lebih lagi. Siti layan abang, makan minum abang, jaga anak-anak, semuanya cukup. Isteri : Kalau macam tu, abang sepatutnya rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kat abang. Suami : Abang memang bersyukur. Sebab tu abang patut kahwin seorang lagi. Isteri : Macamana pulak? Suami : Allah...

Kemenangan Kedua

Petang kelmarin pasukan bola sepak sekolah saya mencapai kemenangan buat kali kedua dalam siri perlawanan persahabatan menjelang kejohanan sebenar yang dijadualkan pada 23 dan 24hb. Mac nanti.   Pasukan saya berjaya mengalahkan pasukan SK Tembak dengan jaringan lima gol tanpa balas. Dalam perlawanan itu juga, semua pemain diuji kemampuan masing-masing. Ia juga menjadi medan untuk saya memilih pasukan utama yang akan beraksi dalam kejohanan sebenar nanti.