Selama dua hari berturut-turut pasukan bola sepak sekolah yang saya bertanggungjawab membimbing sepenuhnya terlibat dalam pertandingan peringkat Pusat Kegiatan Guru atau PKG. Namun agak mengecewakan apabila hanya mampu mara setakat peringkat separuh akhir sahaja setelah ditewaskan pasukan lawan dengan jaringan 1-0. Kegagalan mara ke peringkat akhir terubat juga apabila pasukan berjaya meraih tempat ke-3.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan dan kerjasama sepanjang saya melatih pasukan terutamanya kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Ko Kurikulum. Begitu juga kepada rakan-rakan guru yang banyak membantu dan menyumbang idea dan tenaga. Tidak lupa kepada waris-waris pelajar dan masyarakat setempat yang turut memenuhi kawasan padang memberi sokongan. Akhir sekali ucapan tahniah kepada pemain-pemain pasukan yang bersungguh-sungguh berusaha dan mencuba sehingga berjaya sampai ke tahap ini.
Ulasan