Apa cerita di DUN Kota Siputeh? Nak kosong atau tak kosong? Speaker dah hantar surat makluman kepada SPR. Kerusi itu patut dikosongkan kerana wakilnya sudah menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Kegeri Kedah. SPR pula bertangguh-tangguh, mungkin menanti isyarat 'orang-orang di atas sana'. Dok tengah main kenyit-kenyit mata. Kata SPR, kuasa mengosongkan kerusi hak depa. Habis, engkar peraturan hak siapa? Hak UMNO&BN yang boleh buat apa saja. Memanglah gayat bunyinya kalau pilihanraya kecil berlaku di sana, khususnya buat UMNO&BN. Dulu pun depa menang tak banyak. Majoriti 495 undi saja. Tapi melalui pilihanraya kecil ini UMNO&BN boleh membuktikan bahawa orang-orang Melayu sudah mula kembali menyokong mereka seperti yang dicanangkan selama ini. Mana tahu, BN menang dengan majoriti 2000 lebih. Barulah semangat balik. Sekarang dah ketinggalan 1-7(BN menang di DUN Batang Ai), inilah peluang nak mengecilkan jurang perbezaan gol. Wah, macam Hasbullah Awang lah pula! Atau ...