Langkau ke kandungan utama

Masih ada kesempatan

سبحان الله /الحمدلله /الله أكبر

Tiada lagi ucapan yang lebih baik melainkan ucapan puji dan syukur kepada Allah di atas kesempatan yang ke sekian kalinya berada dalam Ramadan yang mulia sekaligus diberi peluang merebut segala bentuk ganjaran yang dijanjikan. Kini terpulang kepada yang empunya diri sama ada ingin mengulangi kesilapan lalu mensia-siakan kesempatan yang diberi atau bertekad untuk memperbaiki kesilapan lalu dan menjadikan Ramadan kali ini lebih baik. Sungguh peluang ini tidak datang selalu. Sekali dalam setahun bahkan tiada jaminan untuk mendapat peluang seumpama ini pada Ramadan yang akan datang. Betapa ruginya diri yang tidak menghiraukan ganjaran yang dijanjikan Allah kepada hambaNYA yang mengisi Ramadan dengan iman dan amal. Betapa ruginya diri yang berpuasa sebaliknya tidak diiringi bersama amalan sunat yang lain malah lebih malang kepada diri-diri yang berpuasa tetapi meninggalkan solat fardu. Ibarat jasad tanpa roh, puasanya langsung tiada nilai di sisi Allah. Justeru wahai diri, sedarlah! Betapa kamu dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik ketika kamu melangkah masuk ke bulan Ramadan. Apakah kamu masih mahu mengabaikan kesempatan yang diberi ini? Renunglah wahai diri, bagaimana setiap kali Ramadan kamu mengulangi kesilapan yang sama dengan banyak melakukan pekerjaan yang sia-sia, kurang berzikir, kurang bertadarus, kurang bersolat sunat, kurang berdoa dan kurang bersedekah.

Wahai diri! Mari kita perbaiki kesilapan lalu. Kita perbanyakkan zikir, selawat, bertadarus, solat sunat, bersedekah. Kita berjamaah pada setiap kali solat fardu dan solat terawih juga ketika iftar bersama jiran tetangga di surau atau di masjid. Moga Allah memberikan kita kekuatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terla