Langkau ke kandungan utama

Luangkan sedikit waktu

Susah sangatkah melapangkan sedikit waktu selepas solat maghrib atau selepas sunat ba'diah maghrib dengan menunda sikit waktu makan sementara pakaian bersolat masih terpasang ditubuh untuk berdiri mengerjakan solat sunat dua raka'at paling ringkas dan di sujud yang terakhirnya, ketika wajah tersembam rapat di tempat sujud dengan kedudukan sebagai makhluk paling hina di sisi Khaliqnya lalu berdoa dangan penuh harap memohon supaya dilindungi diri, keluarga, jiran tetangga, teman-teman, masyarakat, dalam negeri, dalam negara dan penduduk dunia keseluruhannya dari malapetaka yang sedang melanda seluruh dunia. Apa lagi kalau bukan bala selsema babi yang mengerikan.

Jangan tunggu lagi. Jangan tunggu pihak surau atau masjid anjurkan. Atau menunggu seruan parti-parti politik atau NGO atau kerajaan negeri mengadakan di stadium. Solat hajat boleh dilakukan bila-bila masa, di masjid atau di rumah, jamaah atau lebih baik secara perseorangan. Atau kita tidak yakin dengan kemampuan berdoa. Lalu menunggu orang lain doakan untuk kita sedang kita hanya mengaminkan saja atau sekadar mengangkat tangan dengan hati yang lalai? Berdoalah sendiri dalam bahasa yang difahami. Jangan terbawa-bawa dengan sindrom malas berdoa dengan berharap ada orang lain pula mendoakan kesejahteraan kita.

Marilah untuk kebaikan bersama kita luangkan sedikit waktu bersolat hajat dan berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk untuk kesejahteraan bukan saja diri kita, keluarga malah seluruh penduduk dunia. Sesungguhnya Allah mendengar doa hambaNYA yang bersungguh-sungguh memohon dariNYA.

"Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu(wahai Muhammad), maka (jawablah) sesungguhnya AKU adalah sangat hampir(dengan mereka). Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon dari KU. Maka hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU) dan hendaklah mereka beriman kepadaKU agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (AL-Baqarah:186)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...