Tahniah kepada pasukan bola sepak Hijau Kuning yang mengesahkan kedudukan selaku penghuni tempat ke-3 Liga Super musim ini selepas menewaskan pasukan Pulau Pinang 1-0. Walaupun pada permulaan musim persembahan pasukan Kedah agak goyah di samping beberapa kekalahan yang mengejutkan seperti kekalahan kepada Johor FC dengan 1-5 dan ternyata meresahkan penyokong. Namun keputusan malam ini diharap dapat mengembalikan kepercayaan penyokong untuk melihat Kedah kembali bangkit dan mempertahankan Piala Malaysia yang telah dimenanginya dua musim berturut-turut.
Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...
Ulasan
Jangan terkejut. Bukankah pernah berlaku suatu ketika dahulu?