Langkau ke kandungan utama

Membaguskan pakaian termasuk sunnah

Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya Talbis Iblis(Muslihat Iblis) ketika menafikan cara berpakaian segolongan ahli sufi yang suka membawa kain tuala dan memakai pakaian yang bertampung, berkata:

Kami tidak suka membawa kain tuala dan memakai pakaian yang banyak kesan tampung kerana empat pertimbangan:
  1. yang demikian itu bukan termasuk cara berpakaian salafus saleh. Kalaupun ada di kalangan mereka yang bertampung pada pakaiannya, itu kerana keadaan yang memaksa.
  2. yang demikian itu pura-pura menunjukkan kemiskinan. Padahal manusia diperintahkan untuk memperlihatkan nikmat Allah ke atas dirinya.
  3. yang demikian itu menunjukkan zuhud, padahal kita diperintahkan supaya menyembunyikan kezuhudan kita.
  4. yang demikian itu menyerupai orang-orang yang menyimpang dari syarak. Sesiapa yang menyerupai suatu golongan, maka dia termasuk golongan mereka.
Tujuan golongan ini memakai pakaian yang bertampung untuk menunjukkan kezuhudan mereka dan di samping dilihat sebagai orang yang menolak dunia dan mencintai kemiskinan. Mereka sebenarnya bermaksud mencari kemasyhuran dengan lagak serta penampilan sedemikian. Umar radhiallahu 'anhu telah diriwayatkan sebagai berkata tatkala melihat anaknya berpakaian kotor, "jangan engkau pakai pakaian itu, kerana engkau dikira memakai pakaian untuk mencari kemasyhuran"

Janganlah pula kita tersalah anggap kononnya menampung pakaian adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Sedangkan banyak riwayat menunjukkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sangat menyenangi sahabat Baginda yang sentiasa berpakaian kemas dan menarik. Baginda juga pernah bersabda yang bermaksud, "sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan."

Begitu juga diriwayatkan para salafus soleh biasa memakai pakaian yang sederhana, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Mereka memakai pakaian yang paling bagus untuk bersolat Jumaat, solat Hari Raya dan ketika berjumpa rakan-rakan.
  1. Abi Aliyah berkata, "jika orang-orang Muslim saling berkunjung maka mereka pun berhias."
  2. Tamim ad-Dari pernah membeli pakaian berharga 1000 dinar dan memakainya hanya untuk solat.
  3. Ibn Mas'ud termasuk orang yang bagus pakaiannya dan sentiasa berwangi-wangian.
  4. Malik bin Anas, imam Mazhab Maliki biasa berpakaian ala Adaniyah yang bagus.
  5. Begitu juga Hassan al-Basri, Imam Ahmad ibn Hambal dan lain-lain. Mereka biasa memakai pakaian yang usang atau seadanya ketika berada di rumah. Tetapi bila keluar, mereka memakai pakaian yang bagus dan tidak pula terlalu mewah.
  6. Isa bin Hazim berkata, "Ibrahim bin Adham biasa memakai pakaian dari kapas. Aku tidak pernah melihatnya memakai pakaian dari bulu untuk mencari kemasyhuran dan perhatian".
  7. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda kepada Malik bin Nadlah yang banyak hartanya tetapi datang berjumpa Baginda dalam keadaan lusuh, "bererti memang Allah telah melimpahkan harta kepadamu. Kalau begitu perlihatkan hartamu itu."(riwayat Ahmad, al-Hakim dan at-Thabrani dengan sanad sahih)
Harus difahami juga membaguskan pakaian tidaklah bermaksud bermewah atau berbelanja besar semata-mata mahu mengikut perkembangan fesyen semasa. Paling utama ialah bersederhana dan mengikut kemampuan. Tidak disuruh terlalu boros dan tidak juga terlalu berkira. Dan janganlah pula berkelakuan bodoh dengan sengaja mengenakan jahitan seperti bertampung pada baju yang baru dibeli semata-mata mahu mengikut sunnah kononnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se