Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Doa

Satu pagi di warung kopi Aris. Wan dan Haji Jumat duduk berbual sambil minum kopi dan makan roti canai telur cicah kari ikan kembung buatan isteri Aris yang menjadi kegemaran mereka bedua. Bermula dari topik nasional hingga ke isu tempatan, cawan kopi pun dah tiga kali bertukar. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Haji Jumat minta diri untuk beredar kerana isteri di rumah menyuruhnya ke kedai membeli barang dapur. Tiba-tiba Wan(W) menahannya sambil berbisik: Ada cerita panas. Hj. Jumat(HJ): Cerita apa? W: Duduk dulu, jangan balik lagi. HJ: Nanti bini aku bising pula, pukul 11 belum bawa balik barang lagi. W: Tak mau dengar tak pa la. HJ: Ok lah, sekejap je tau. Cerita apa? W: Orang kaya Johan dah jatuh bankrap. Habis segala hartanya dilelong. Tinggal Proton Iswara cabuk saja. Dengar cerita lagi, anak-anaknya yang belajar di luar negeri pun telah dipanggil pulang. Padan muka dia. HJ: Issyy, tak baik cakap macam tu! W: Apasal pulak ? Manusia kedekut lagi bakhil macam

Tahun Baru Cerita Baru

Cuti dah habis. Tahun baru dah masuk. Masing-masing dah dapat kerja. Ada yang tambah, ada yang kurang dan ada yang dok macam dulu. Ada yang bertukar portfolio, ada yang masih dengan portfolio lama. Terima saja, jangan mengeluh. Dah namanya kewajipan. Jumpa di sekolah nanti. “Selamat Tahun Baru”