Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Paul si Sotong mati

Sotong Kurita yang pernah menggemparkan peminat bola sepak Piala Dunia 2010 telah dilaporkan mati. Menurut jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan sotong tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang bernama Paul itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman semasa umurnya dua setengah tahun. Tentu ramai yang masih ingat ramalan kekalahan Jerman kepada Serbia, kekalahan Argentina kepada Jerman dan akhirnya ramalan Sepanyol muncul juara. Ia bukan soal percaya kepada ramalan tetapi sekadar menambah kehangatan perbincangan para peminat bola sepak. Kalau ada yang percaya juga, lantak dialah ! Namun, Paul si sotong telah meninggalkan sejarahnya tersendiri. Tentunya namanya akan kembali disebut dalam kempen Piala Dunia 2014 nanti sebagai ahli nujum bolasepak yang paling berjaya. He.. he.. Tugas terakhir Paul. Boleh percaya ke....???

Memori Itu: Maktab Mahmud '83-91'

Oh temanku, masihkah kau ingat, susah senang harungi bersama, pahit manis kita rasainya, demi harapan kedua ibu bapa. Senda gurau, senyum tangis sendu, masih lagi kekal di ingatan, rindu hati ingin bersemuka, setelah kita berpisah sekian lama. Ku panjatkan doa, agar dipertemukan, kerana kudratMu, tiada batasan. Bertemu berpisah, hanya kerana Allah, ukhuwwah yang terbina, anugerah dari-NYA.

Hadapi musibah dengan doa dan istighfar

Tidaklah dinamakan manusia jika bebas dari masalah. Sedang masalah itu merupakan ujian dari Allah yang dijanjikan ketinggian martabat buat mereka yang berjaya mengharunginya dengan kesabaran. Sungguh Allah tidak pernah mensia-siakan amalan para hamba-NYA. Firman Allah yang bermaksud " Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang se mpurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. " (al-Baqarah: ayat 156-157) Namun dalam usaha mengharungi ujian, insan adakalanya hilang arah. Rasa sabar yang tergugat malah berani pula mempertikaikan qada' dan qadar Allah, menjadikan insan itu semakin jauh dengan Allah. Maka kemuliaan yang ...

Mana program parti kerajaan?

Malam ini saya teman-teman AJK surau al-Muhtadin bermesyuarat bersama wakil Penyelaras Parlimen Merbok. Di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Kerajaan Persekutuan akan melantik wakilnya dari BN sebagai penyelaras di setiap kawasan parlimen. Mesyuarat bagi program gotong royong mencegah denggi penduduk sekitar Amanjaya Persiaran 5. Program turut melibatkan jabatan kerajaan seperti Majlis Perbandaran, Jabatan Kesihatan, Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Enviroment Idaman. Malangnya tarikh yang ditetapkan jatuh pada hari Ahad, 17.10.2010 iaitu hari bekerja. Ramai yang bekerja hari itu termasuk saya. Walaupun tak dapat bersama, saya dan rakan-rakan tetap menyokong. Tak kisahlah siapa yang anjurkan. Lagi pun aedes 'menyerang' tak kira parti. Cuma saya tertanya, bila pula Pakatan Rakyat nak anjurkan gotong royong. Persiaran Amanjaya 5 terletak di dalam kawasan parlimen Merbok dan DUN Bukit Selambau. Kedua-dua wakilnya dari Parti Keadilan Rakyat. Bahkan ADUN Bukit Selambau jug...

Tawar hati dengar khutbah Jumaat

Kalaulah tak kerana solat Jumaat itu hukumnya fardu 'ain saya lebih suka bersolat Zohor di rumah. Dan kalau solat Jumaat itu tidak wajib dikerjakan di masjid, sudah lama saya dan teman-teman berpakat mendirikan solat Jumaat di surau al-Muhtadin. Malas sungguh nak melangkah ke masjid berdekatan. Walaupun saya hanya perlu memandu sejauh 3km sahaja, namun saat enjin kereta mahu dihidupkan rasanya seperti mahu memulakan kembara sejauh ratusan kilometer. Sampai di masjid, di dalamnya sudah penuh. Kebiasaannya di bawah pokok nangka berdekatan pagar belakang masjid, saya dan anak-anak menghampar sejadah duduk sementara menanti solat didirikan. Suara khatib langsung tenggelam oleh suara bualan kanak-kanak dan orang dewasa. Lagi pun saya kurang berahi dengan khutbah di masjid ini. Sejak masjid ini mula digunakan lebih kurang 8 tahun yang lalu, hanya dua orang saja yang dibenarkan membaca khutbah di sini. Tuan Imam dan salah seorang bilalnya. Orang lain tidak dibenarkan oleh Tuan Imam sendi...