Oh temanku,
masihkah kau ingat,
susah senang harungi bersama,
pahit manis kita rasainya,
demi harapan kedua ibu bapa.
Senda gurau,
senyum tangis sendu,
masih lagi kekal di ingatan,
rindu hati ingin bersemuka,
setelah kita berpisah sekian lama.
Ku panjatkan doa,
agar dipertemukan,
kerana kudratMu,
tiada batasan.
Bertemu berpisah,
hanya kerana Allah,
ukhuwwah yang terbina,
anugerah dari-NYA.
masihkah kau ingat,
susah senang harungi bersama,
pahit manis kita rasainya,
demi harapan kedua ibu bapa.
Senda gurau,
senyum tangis sendu,
masih lagi kekal di ingatan,
rindu hati ingin bersemuka,
setelah kita berpisah sekian lama.
Ku panjatkan doa,
agar dipertemukan,
kerana kudratMu,
tiada batasan.
Bertemu berpisah,
hanya kerana Allah,
ukhuwwah yang terbina,
anugerah dari-NYA.
Ulasan