Malam ini saya teman-teman AJK surau al-Muhtadin bermesyuarat bersama wakil Penyelaras Parlimen Merbok. Di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Kerajaan Persekutuan akan melantik wakilnya dari BN sebagai penyelaras di setiap kawasan parlimen. Mesyuarat bagi program gotong royong mencegah denggi penduduk sekitar Amanjaya Persiaran 5. Program turut melibatkan jabatan kerajaan seperti Majlis Perbandaran, Jabatan Kesihatan, Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Enviroment Idaman. Malangnya tarikh yang ditetapkan jatuh pada hari Ahad, 17.10.2010 iaitu hari bekerja. Ramai yang bekerja hari itu termasuk saya.
Walaupun tak dapat bersama, saya dan rakan-rakan tetap menyokong. Tak kisahlah siapa yang anjurkan. Lagi pun aedes 'menyerang' tak kira parti. Cuma saya tertanya, bila pula Pakatan Rakyat nak anjurkan gotong royong. Persiaran Amanjaya 5 terletak di dalam kawasan parlimen Merbok dan DUN Bukit Selambau. Kedua-dua wakilnya dari Parti Keadilan Rakyat. Bahkan ADUN Bukit Selambau juga seorang EXCO Kerajaan Kedah.
Di kawasan ini juga yang ada hanya cawangan PAS. Sebaliknya UMNO pula yang bijak mengambil kesempatan menganjurkan program-program kemasyarakatan. Manakala program-program seperti pengajian, korban, kenduri-kendara, bantuan fakir miskin, bantuan mangsa banjir lebih banyak ditangani oleh pihak surau dan jawatankuasa penduduk. Tentulah timbul tanda tanya, mana perginya parti kerajaan? Pemimpin UMNO juga yang menghulur bantuan berjumlah RM50,000 untuk baik pulih surau al-Muhtadin. Seorang pemimpin PAS cawangan yang selalu melekat di surau langsung memboikot surau kerana dibina dengan 'wang haram' UMNO.
Saya juga tak pernah nampak kereta Proton Perdana ADUN Bukit Selambau meronda-ronda dalam kawasan perumahan kami. Mungkin dalam senarai menunggu. Atau mungkin tunggu kempen PRU-13 nanti. Cuma sekali saya dengar beliau ada melawat dan menghulur bantuan kepada jiran-jiran saya yang rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat. Kira ok jugalah tu!
Saya berharap PAS cawangan menganjurkan program-program yang boleh mendekatkan penduduk dengan kerajaan negeri atau wakilnya. Tanggungjawab PAS cawanganlah untuk membentuk persepsi positif penduduk terhadap kerajaan negeri. Memboikot tidak memberi apa-apa faedah. Ia hanya menjauhkan PAS dari masyarakat. Mereka ada mata dan telinga. Mereka akan menilai setiap kelakuan dan tindakan.

Ulasan