Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Geng anti wahabi menggelupur

Tepat jangkaan saya, lawatan Imam Besar Masjidil Haram ke Malaysia mengundang rasa kurang senang di kalangan puak anti Wahabi. Bukan setakat kurang senang malah ‘menggelupur’ tak tentu punca. Baca di sini dan baca komen-komen di sini . Nak tergelak pun ada.

Wahabi serang Malaysia

Imam Masjidil Haram, Dr. Syeikh Abdul Rahman as-Sudais kini berada di Malaysia. Selain berceramah beliau turut dijadualkan mengimami solat berjamaah di beberapa buah masjid di sekitar Kuala Lumpur. Ini tentu tidak disenangi oleh kelompok-kelompok anti Wahabi di Malaysia. Maklumlah, Syeikh as-Sudais orang Mekah. Orang Mekah solat Subuh tak baca qunut. Orang Mekah tak berzikir kuat dan secara serentak selepas solat. Orang Mekah tak sambut Maulidur Rasul dan berarak keliling Mekah sambil berselawat kuat-kuat. Orang Mekah tak buat kenduri tahlil bila ada kematian. Orang Mekah tak baca talqin atas kubur. Orang Mekah pengikut Wahabi atau kata sesetengah ‘bijak pandai’ kelompok anti Wahabi, orang Mekah bermazhab Wahabi. Secara sifirnya, Syeikh as-Sudais orang Mekah. Orang Mekah itu Wahabi. Maka Syeikh as-Sudais itu Wahabi. Sekarang wahabi itu ada di Malaysia dan jadi imam kepada orang Malaysia yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Imam Syafie. Wahabi dah serang Malaysia!!! Bahaya!!! 

Gopoh

Semalam saya berjumpa dengan seorang pemimpin PAS peringkat kawasan yang juga merupakan salah seorang ADUN negeri Kedah. Dalam perbualan beliau turut bercerita pengalamannya berkempen dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini. Menurutnya rakyat Sarawak sudah mula menunjukkan tanda-tanda sokongan ke atas Pakatan Rakyat. Sudah ada tanda-tanda Pakatan Rakyat akan memberi saingan sengit kepada BN. Ini boleh dibuktikan dengan kegusaran beberapa pemimpin BN termasuk dari Semenanjung sehingga memaksa Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN sendiri turun padang. Namun segala-galanya berubah apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengumumkan Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya itu. Sayangnya, sokongan kaum Dayak yang diharap, undi Bumiputera Muslim pula yang terlepas. Masakan tidak, Pengerusi PKR Sarawak itu beragama Kristian. Seburuk-buruk BN pun tetap meletakkan seorang yang beragama Islam sebagai Ketua Menteri. Demikian rakyat Sarawak ya

Nama Nabi Muhammad di Stesyen Angkasa Lepas

DOHA- Kumpulan Ilmuwan Islam sedang merancang projek besar di luar angkasa. Mereka hendak meluncurkan stesyen angkasa bernama Muhammad I pada tahun 2013. Nama ini diambil bersempena nama Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam . “ Ini adalah jawapan sains untuk dunia agar lebih mengenali Nabi Muhammad,” ujar Radhouane Fakir yang merupakan  seorang ilmuwan Kanada kelahiran Maghribi yang terbabit dalam projek tersebut, seperti yang dipaparkan oleh akhbar Gulf Daily News. Menurutnya lagi, projek ini tidak hanya dlancarkan sekali tetapi ia akan berterusan ke projek seterusnya. Selepas berjaya melancarkan stesyen Muhammad I, kumpulan ilmuwan Muslim ingin melancarkan stesyen angkasa Muhammad II. “ Muhammad II akan kami lancarkan tahun 2015,” ujar Fakir. Menurutnya lagi, projek ini juga bertujuan menunjukkan bahawa dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam , umat Islam akan lebih maju pencapaiannya. Ia juga ingin ditujukan kepada dunia untuk mengingatkan betapa p

Kopiah Hitam

Saya hadir ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sungai Petani. Selain pertandingan yang melibatkan jawatan YDP, tiada yang menarik. Sebaik mendaftar saya mendapat tahu perasminya ialah Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat. Saya pula ada masalah dengan orang ini. Sebagai tanda protes, saya meninggalkan dewan dan lepak di kedai makan sehingga selesai majlis perasmian. Selepas majlis perasmian ada jamuan. Sempat mata melilau mencari teman-teman lama yang pernah bersama mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda PAS Sungai Petani sesi 2001/2003 dan 2003/2005. Ada di antara mereka kini berada di saf kepimpinan kawasan. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya tatkala mata tertancap kepada salah seorang daripada mereka. Sambil tersenyum hati berdetik, “ amboi, dah berkopiah hitam rupanya .” Satu ketika dulu sahabat ini sangat anti dengan kopiah hitam dan si pemakainya. Demikian ekstrim sahabat saya ini hingga mengaitkan kopiah hitam dengan UMNO. Tapi itu dulu. Sekarang dah lain. Sekarang dah pegang

Isyy.. isyy.. isyy.. Sibuk la kononnya.

Sejak sekolah dibuka selepas cuti persekolahan pertengahan semester pada 20hb. Mac yang lalu, keberadaan saya bersama murid-murid dalam kelas boleh dikira dengan jari. Pada minggu pertama persekolahan, sekolah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Sepak MSSD Bawah 12 Tahun peringkat PKG bermula 23 Mac dan berakhir besoknya. Saya terlibat sepenuhnya sebagai pegawai pasukan merangkap salah seorang pegawai kejohanan. Bayangkan kesibukan saya bukan pada hari tersebut sahaja tetapi sejak sehari atau dua hari sebelum itu. Minggu seterusnya atau lebih tepatnya hari Isnin 28hb sekolah menjadi tuan rumah bagi Karnival Ko Kurikulum Pendidikan Islam peringkat PKG. Tugas saya menyelaraskan tempat-tempat yang akan digunakan untuk acara-acara yang dipertandingkan. Sehari sebelumnya saya dah berpeluh sampai keting. Selasa 29hb, saya menghadiri taklimat dan bengkel untuk para hakim Karnival Ko Kurikulum Pendidikan Islam Peringkat daerah. Rabu 30hb saya berada di padang semula sebagai jurulatih bol