Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

Merdeka dan Pantai Merdeka

Setiap kali negara menyambut ulangtahun kemerdekaan, Pantai Merdeka sudah pasti menjadi destinasi pilihan penduduk Sungai Petani. Malah penduduk sekitar seperti Sik, Baling, Yan malah dari Pendang dan Alor Setar pun tidak ketinggalan menambahkan lagi kesesakan. Ia bukanlah sesuatu yang baru, malah sejak saya mengenali dunia lagi. Cuma tidaklah saya ke sana setiap tahun. Kehadiran di sana memang ramai. Sekitar tahun 1980-an air laut masih jernih berbanding sekarang. Ketika itu kerap juga digemparkan dengan berita mati lemas pada hari 'sambut' merdeka. Sehingga sekarang saya masih belum pasti mengapa Pantai Merdeka menjadi tempat perhimpunan orang ramai khususnya pada hari merdeka ini. Kalau pada hari-hari biasa, mungkin mereka datang untuk mandi air ' selut '. Selain namanya, tiada apa yang boleh dikaitkan MERDEKA dengan Pantai Merdeka. Mahu dikatakan kawasan tersebut menyimpan khazanah sejarah negara, rasanya memang tidak ada. Mahu dikatakan ada monumen seperti tugu

Salam Ramadan

Selamat menyambut kepada seluruh Muslimin & Muslimat . Dengan harapan dan doa Ramadan kali ini menyatukan umat Islam seluruh dunia. Bersatu hati, satu impian dan satu wawasan menjayakan agenda memartabatkan Islam.

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam golo

Masih Mahu Menipu?

Benarlah seperti kata orang, menipu satu ' habit' . Kalau sekali seseorang itu menipu, dia akan mengulangi perbuatannya untuk kali kedua dan berkali-kali. Inilah yang dapat dikesan dari laporan berita hari ini dari akhbar UTAMA negara, Utusan Malaysia (meloya?). Tanpa segan silu mereka sanggup memutar belitkan fakta ketika umum mengetahui perkara yang sebenarnya. Sedang fakta yang diputar belitkan itu bukanlah sesuatu yang susah sangat untuk difahami hatta murid sekolah rendah sekalipun. Sekadar mengetahui formula paling asas dalam Matematik, sudah dapat menangkap percubaan menipu oleh akhbar ini. Saya percaya sesiapa sahaja yang membaca akhbar ini di muka depannya akan perasan tentang peratus keluar mengundi yang dilaporkan. Berikut adalah petikannya, "Anwar, 61, yang memperoleh 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, yang meraih 15,524 undi.Seorang lagi calon, Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hanya

Selepas pilihanraya .....

Seluruh negara bertumpu padanya. Seluruh negara mengikuti perkembangannya. Seluruh negara menanti-nanti keputusannya. Itulah Permatang Pauh dengan pilihanraya kecilnya. Itulah Datuk Seri Anwar dengan lawannya Dato' Arif Shah. Kini segala persoalan terjawab. Majoriti pengundi di Permatang Pauh mahukan DSAI kembali mewakili mereka selepas terpisah 10 tahun lamanya. Peningkatan majoriti memberi petunjuk jelas. Takziah buat BN atas segala usaha yang tidak menjadi. Tentu sekali penyokong PR khususnya di Permatang Pauh sedang meraikan kejayaan ini. Saya sendiri senang dengan keputusan ini, tapi saya kira bersederhana dalam segala tindakan adalah yang terbaik. Berbanding ketika Kedah menewaskan Selangor dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia, kali ini saya lebih tenang. Semoga ketegangan kembali reda biarpun seketika. Sementelahan Ramadan bakal menjelang. Umat Islam menanti-nanti kedatangan bulan mulia ini. Ambil kesempatan di atas rahmat yang dilimpahi Allah sepanjang bulan ini. Lupakan s

Penjelasan Di Sebalik Cadangan Mubahalah

Penjelasan dari Dr. Asri yang perlu dibaca oleh setiap orang yang mencintai kebenaran. “Ada sesetengah pihak yang tersalah sangka dengan menganggap bahawa cadangan saya untuk DSAI dan Saiful bermubahalah itu satu perangkap untuk menjatuhkan DSAI. Demi sesungguhnya tidak! Sebenarnya, sejak beberapa bulan yang akhir ini wujudnya persahabatan bukan politik antara saya dan DSAI. Sikapnya yang lebih lunak dan sering bertanya khabar agak menyenangkan. Apabila timbul isu liwat yang dibangkitkan oleh Saiful, maka saya bertanya hal tersebut kepada DSAI sendiri. Daripada penjelasannya beliau memaklumkan bahawa wujudnya konspirasi. Katanya, mahkamah dan polis akan dipergunakan. Saya yang bersimpati jika benar wujud konspirasi tersebut melihat imej beliau perlu dibersihkan dan perancangan buruk perlu dihentikan melalui satu proses yang menakutkan sesiapa yang khianat dan berdusta. Berdasarkan dakwaan DSAI, mahkamah dan polis tidak dipercayai. Maka saya mencadangkan proses yang terkandung dalam al

Kedah Unggul.

Kejayaan Kedah menjuarai Piala Malaysia semalam telah melakar sejarah tersendiri buat pasukan yang mendapat jolokan Kenari itu. Sejak Liga Super diperkenalkan, Kedah telah mencipta rekod yang mungkin sukar dicapai oleh mana-mana pasukan sekurang-kurangnya dalam tempoh satu dekad. Kedah adalah pasukan pertama yang memenangi Liga Perdana diikuti kejuaraan Liga Super pada tahun berikutnya. Liga Perdana 2006, Liga Super 2007. Kedah adalah pasukan pertama yang memenangi Liga Super dua tahun berturut-turut iaitu 2007 dan 2008. Kejayaan terbesar Kedah yang belum pernah dicapai oleh mana-mana pasukan ialah kejayaan merangkul tiga piala, Liga Super, Piala F.A dan Piala Malaysia selama dua tahun berturut-turut . Sayugia diingatkan, walaupun Selangor pernah memenangi tiga piala, mereka hanya mampu mendakap piala Liga Perdana sahaja. Itu pun, pada tahun berikutnya, mereka langsung karam. Tidak dinafikan permainan semalam berlangsung dalam suasana mendebarkan. Beberapa percubaan Selangor ke arah

Wahai Imam! Perhatikan Saf Jamaahmu

Allah a'zzawajalla berfirman yang bermaksud, "Dan Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku" . (al-Baqarah:43) Menurut ulama tafsir yang dimaksudkan dengan " ruku'lah beserta orang-orang yang ruku " ialah: shalat berjama'ah. Ayat ini juga menjadi dalil kewajipan mendirikan solat secara berjamaah. Walaupun hukumnya khilaf di kalangan ulama termasuk imam-imam mazhab, tetapi banyak hadis yang menunjukkan Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sangat menekankan kepentingan mendirikan solat secara berjamaah. Bagi menjamin kesempurnaan solat jamaah pula, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sentiasa memastikan saf jamaah dibetulkan terlebih dahulu. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud, "Luruskan saf kamu sekelian, kerana meluruskan saf itu termasuk kesempurnaan solat." (Bukhari dan Muslim) Sebelum takbiratulihram , Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam aka

Dr. Asri cadang MB Kelantan

Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dalam kuliahnya di Masjid Alwi, Kangar pada 9hb. Julai 2008 mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau menyebut beberapa kriteria yang ada pada TGNA. Selain itu, pencalonannya juga dilihat mampu merungkai kecelaruan umat Islam di Malaysia untuk memilih pemimpin yang benar-benar dapat memelihara kepentingan Islam. Ikuti sebahagian daripada sedutan kuliahnya.

Sumpah Saiful

Pemuda yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya melaksanakan sumpah mubahalah. Sempat saya menyaksikan sumpah lafaznya yang disiarkan oleh TV3 dalam berita pagi tadi tanpa edit. Walaupun saya termasuk dari kalangan orang yang meragui dakwaan yang dibuat berdasarkan susuk tubuhnya berbanding DSAI, tindakan beliau bermubahalah wajar dilihat positif. Ketepikan soal berani atau takut, keikhlasan, gimik politik dan sebagainya, orang ramai tidak berhak membuat penilaian . Sekaligus menolak saranan TPM supaya rakyat menilai sendiri tindakan Saiful yang dibuatnya tanpa penglibatan UMNO dan BN. Kini beliau telah bersumpah dengan nama Allah beserta dengan pengakuan sedia dilaknat Allah andai berdusta. Maka jalan yang terbaik bagi rakyat ialah yakin dan berserah kepada Yang Maha Berkuasa. Orang yang beriman tidak sama sekali melihat perbuatan mubahalah sebagai satu permainan politik. Majalah I keluaran bulan Ogos menyiarkan temuramah edit

Beli buku baru

Sebagai memulakan proses pencerahan, pada ilmu, diri, sikap dan tindakan, harus melakukan sedikit pengorbanan. Justeru pada waktu yang terluang petang tadi, berkebetulan dengan menghantar anak ke Klinik UPSR, saya langsung ke kedai buku. Saya memilih Hasani Book Store yang juga penganjur kepada klinik UPSR itu. Lama sudah saya tidak membeli buku. Kali terakhir saya berbuat demikian ialah pada bulan November tahun lalu. Bukan tiada kesempatan tapi kerana kegawatan. Walaupun begitu saya setia dengan melanggan "Majalah I" setiap bulan. Setelah beberapa kali mengelilingi ruang dalam kedai tersebut saya tertarik kepada buku yang berjudul "Terusir" karya Almarhum Prof. Dr. Hamka dan "Minda Muslim Power" berupa bekas tangan terbaru dari penulis favourite saya, Dr. Danial Zainal Abidin. Masih terlalu awal untuk saya mengatakan sesuatu tentang buku tersebut kerana saya belum membacanya. Namun saya yakin ia bakal memberi erti kepada saya untuk bergerak ke hadapan me

Selamat Bermuktamar

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada seluruh saf kepimpinan bermula dari Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, para perwakilan serta pemerhati. Tidak ketinggalan kepada ahli PAS seluruh negara yang tidak dapat menyertai muktamar kali ini. Agak menyedihkan kerana terpaksa mendahului komitmen lain, saya ketinggalan untuk menyertai muktamar penuh bersejarah pasca kemenangan dalam PRU yang lalu. Dari jauh saya mendoakan kelancaran majlis dengan pimpinan dan perwakilan sama-sama mengikhlaskan diri mengemukakan hujah serta idea bernas bagi menjayakan agenda parti menegakkan kemuliaan Islam. Mengikuti sedutan ucapan Tuan Guru Presiden melalui laman Harakah Daily begitu meyakinkan. Melalui tema PAS Untuk Semua, pimpinan ternyata begitu komited menonjolkan keupayaan Islam mentadbir negara malah dunia sekaligus menarik kepercayaan kaum dan penganut lain untuk menerima keadilan Islam. Di bahu PAS terletak tanggungjawab menampilkan wajah Islam sebenar. Pemi

Kereta Lama Masih Boleh Diguna

Semua Exco Kerajaan Negeri menggunakan kenderaan yang sedia ada apabila mengambil alih pentadbiran negeri Kedah. Kenderaan Proton Perdana V6 Eksekutif ini akan diperbaiki apabila mengalami kerosakan. Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membeli kenderaan baru, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Setakat ini hanya seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri menggunakan kenderaan baru itupun disebabkan kereta yang lama tidak boleh digunakan lagi. “Ini kerana lebih dari sekali kereta berkenaan rosak sehingga Ahli Exco berkenaan terpaksa mengambil teksi untuk menghadiri mesyuarat,” katanya pada sidang akhbar sebelum Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini. “Kereta-kereta Proton Perdana V6 Eksekutif yang dipakai oleh semua Ahli Exco sekarang boleh dikatakan semua sudah uzur tetapi masih boleh dipakai apabila dibaiki. Kita tidak bercadang untuk membeli yang baru.. Sekiranya terpaksa membeli kereta yang baru kita tetap memilih jenis Proton,” katanya. dipetik dari

Tidak perlu pilihanraya...

Rasanya ramai yang sudah maklum hasrat Datuk Seri Anwar untuk kembali ke parlimen sejurus selepas berakhirnya tempoh larangan berpolitik beliau. Ramai juga turut maklum mengapa PRU12 diadakan setahun lebih awal dari tempoh berakhirnya penggal yang lalu pada bulan Mac 2009. Bukankah bertujuan menghalang Anwar dari bertanding dalam pilihanraya lalu? Namun bagi Anwar, beliau tidak mahu menunggu terlalu lama untuk merealisasikan hasratnya. Malah penyokongnya juga turut mengharapkan beliau bertindak demikian. Justeru ketika kempen pilihanraya lalu, awal-awal lagi beliau mencanangkan untuk segera bertanding sebaik sahaja undang-undang membenarkan. Datuk Seri Wan Azizah (Kak Wan) pernah menyatakan kesediaannya mengosongkan kerusi jika beliau menang untuk memberi laluan kepada suaminya. Walaupun mendapat respons dari calon dan pemimpin BN yang menyifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, pengundi Permatang Pauh tetap memilih Kak Wan sebagai Ahli Parlimen mereka bahkan dengan majoriti undi yang