Langkau ke kandungan utama

Wahai Imam! Perhatikan Saf Jamaahmu

Allah a'zzawajalla berfirman yang bermaksud,

"Dan Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku". (al-Baqarah:43)

Menurut ulama tafsir yang dimaksudkan dengan "ruku'lah beserta orang-orang yang ruku" ialah: shalat berjama'ah. Ayat ini juga menjadi dalil kewajipan mendirikan solat secara berjamaah. Walaupun hukumnya khilaf di kalangan ulama termasuk imam-imam mazhab, tetapi banyak hadis yang menunjukkan Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sangat menekankan kepentingan mendirikan solat secara berjamaah.

Bagi menjamin kesempurnaan solat jamaah pula, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sentiasa memastikan saf jamaah dibetulkan terlebih dahulu. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud,

"Luruskan saf kamu sekelian, kerana meluruskan saf itu termasuk kesempurnaan solat." (Bukhari dan Muslim)

Sebelum takbiratulihram, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam akan menghadap wajahnya ke arah jamaahnya sambil memeriksa saf dengan teliti. Tatacara ini telah dinyatakan oleh Anas dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud,

"Bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menghadap kepada kami sebelum takbir dan bersabda: 'rapatkan dan samakan saf kamu sekelian'."

Amalan ini seterusnya menjadi ikutan dan warisan para Khulafa' Ar Rasyidin, para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in serta para pengikut jejak langkah mereka. Namun, amalan ini jarang dan kurang dipraktikkan oleh kebanyakan imam pada hari ini khususnya imam-imam di kalangan masyarakat Melayu. Kemungkinannya berlaku sama ada disebabkan kejahilan atau sikap kurang peka kepada sunnah-sunnah Nabi. Mereka tidak mengendahkan langsung kedudukan saf jamaah di belakang mereka. Tidak ada arahan secara serius, kalau ada pun sekadar menjeling sahaja ke belakang. Sebaliknya mereka lebih sibuk membaca surah an Nas, amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sebelum memulakan solat.

Beginikah sikap kita? Apa yang jadi amalan Nabi kita abaikan, sebaliknya perkara yang bukan amalan Nabi kita utamakan.

Ikutlah cara Nabi kerana ia lebih selamat dan terjamin di dunia dan di akhirat. Amin. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa meraikan sunnah Baginda Rasululah S.A.W .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...