Langkau ke kandungan utama

Masih Mahu Menipu?

Benarlah seperti kata orang, menipu satu 'habit'. Kalau sekali seseorang itu menipu, dia akan mengulangi perbuatannya untuk kali kedua dan berkali-kali. Inilah yang dapat dikesan dari laporan berita hari ini dari akhbar UTAMA negara, Utusan Malaysia (meloya?).

Tanpa segan silu mereka sanggup memutar belitkan fakta ketika umum mengetahui perkara yang sebenarnya. Sedang fakta yang diputar belitkan itu bukanlah sesuatu yang susah sangat untuk difahami hatta murid sekolah rendah sekalipun. Sekadar mengetahui formula paling asas dalam Matematik, sudah dapat menangkap percubaan menipu oleh akhbar ini.

Saya percaya sesiapa sahaja yang membaca akhbar ini di muka depannya akan perasan tentang peratus keluar mengundi yang dilaporkan. Berikut adalah petikannya,

"Anwar, 61, yang memperoleh 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, yang meraih 15,524 undi.Seorang lagi calon, Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hanya mendapat 92 undi."

"Sebanyak 38,144 atau 65.25 peratus daripada keseluruhan 58,459 pengundi keluar mengundi walaupun cuaca tidak menentu dengan hujan renyai-renyai pada tengah hari."


Di ruangan analisis, penulisnya Zulkifli Jalil pula membangkitkan kononnya kemungkinan wujud protes yang menyebabkan kurangnya bilangan yang keluar mengundi dengan bersandarkan kepada 'peratus bodoh' yang dikeluarkan mereka sendiri.

"Cuma peratus yang keluar mengundi kali ini amat sedikit hanya 65.25 peratus berbanding 81 peratus pada pilihan raya umum Mac lalu. Tanda tanya kemungkinan wujud protes di kalangan pengundi khususnya 'atas pagar' atau barangkali para penyokong Pas sendiri masih menjadi persoalan."

Tentulah menjadi satu 'lawak bodoh' melihat kepada angka 38,144 sebagai bilangan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihanraya tersebut. Kerana jika ditambah undi yang diperolehi PKR dan BN sahaja ialah 46,719. Belum lagi dikira dengan undi calon AKIM, undi rosak dan undi yang tidak dikembalikan.

Walaubagaimanapun, Berita Harian mengeluarkan data yang tepat mengenai undi yang diperolehi oleh semua calon termasuk undi rosak dan undi yang tidak dikembalikan, majoriti serta peratus mengundi.

"Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR): 31,195 undi Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi Hanafi Mamat (Akim): 92 undi Majoriti undi: 15,671 Jumlah pengundi: 58,459 Peratus mengundi: 81.01 Undi rosak: 447 Undi tidak dikembalikan: 98

Seramai 47,356 atau 81.01 peratus daripada 58,459 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu............"

Berita Harian turut melaporkan calon BN, Ariff Shah sebagai berkata peratus yang keluar mengundi ialah 65 peratus.

'Mengenai punca kekalahan itu, Arif Shah yang kurang sihat berkata, selain meneliti peratusan pengundi yang hanya 65 peratus, faktor cara berkempen dilakukan pembangkang juga menjadi penyumbang kepada keputusan itu.'

Mungkin beliau belum meneliti laporan lengkap ketika berkata demikian. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih menyebabkan beliau tersasul. Atau beliau juga termasuk dari kalangan penipu?

Kalau dalam perkara sebegini nyata pun mereka masih mahu menipu, apatah lagi dalam perkara-perkara lain. Satu lagi bukti betapa kuatnya budaya menipu dalam sistem media perdana kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...