Langkau ke kandungan utama

Selamat Bermuktamar

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada seluruh saf kepimpinan bermula dari Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, para perwakilan serta pemerhati. Tidak ketinggalan kepada ahli PAS seluruh negara yang tidak dapat menyertai muktamar kali ini.

Agak menyedihkan kerana terpaksa mendahului komitmen lain, saya ketinggalan untuk menyertai muktamar penuh bersejarah pasca kemenangan dalam PRU yang lalu. Dari jauh saya mendoakan kelancaran majlis dengan pimpinan dan perwakilan sama-sama mengikhlaskan diri mengemukakan hujah serta idea bernas bagi menjayakan agenda parti menegakkan kemuliaan Islam.

Mengikuti sedutan ucapan Tuan Guru Presiden melalui laman Harakah Daily begitu meyakinkan. Melalui tema PAS Untuk Semua, pimpinan ternyata begitu komited menonjolkan keupayaan Islam mentadbir negara malah dunia sekaligus menarik kepercayaan kaum dan penganut lain untuk menerima keadilan Islam.

Di bahu PAS terletak tanggungjawab menampilkan wajah Islam sebenar. Pemimpin dan ahli mesti bergerak seiring merealisasikan hasrat dan wawasan murni itu. Satu fikrah dan satu matlamat. Kepelbagaian tindakan diraikan mengikut kesesuaian. Namun keseluruhannya dari satu acuan, al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi tunjang perjuangan.

Inilah yang membezakan perjuangan berteraskan Islam dengan lain-lain. Islam bukan sekadar menitir bibir tetapi dipancarkan melalui tindakan dan amalan. Akidah yang sejahtera, ibadah terjaga, akhlak terpelihara, amalan yang bebas dari segala unsur syirik, khurafat dan bidaah disertai niat yang ikhlas. Wah! Alangkah indahnya andai semua ini teradun dalam peribadi seorang pejuang yang kemudiannya dari seorang itu membentuk satu jamaah.

Ayuh, teman! Kemenangan sudah di tangan. Ia sebahagian nikmat Allah yang perlu dipelihara. Jagalah nikmat ini dengan menjaga agama Allah. "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (QS.Muhammad: 7).

SELAMAT BERMUKTAMAR

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...