Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Malam tahun baru dan gerhana bulan

Saya percaya malam ini ramai yang bersiap sedia menyambut tahun baru 2o10. Sejak beberapa hari lepas beberapa tempat termasuk di ibu kota telah mengiklankan sambutan yang bakal diadakan dan tidak terkecuali bandar Sungai Petani. Sejak jam 10 pagi tadi, beberapa acara telah dilangsungkan di dataran berhampiran jam besar seperti gerai-gerai jualan dan persembahan pentas pada petangnya. Manakala pada malamnya dikhabarkan ada pengisian rohani seperti forum. Saya juga bercadang untuk turut serta memeriahkan sambutan malam tahun baru ini. Di samping menyaksikan sendiri perubahan yang dijanjikan sesuai dengan polisi pemerintah baru yang akan genap dua tahun usia pemerintahan tidak lama lagi. Malam ini juga diramalkan akan berlakunya gerhana bulan sekitar jam 2.51 pagi hingga 3.53 pagi. Sekadar peringatan untuk diri sendi ri , agar tidak terlepas mengerjakan solat sunat gerhana. Allahu Akbar! Susah juga mahu berjanji. Bukan berjanji dengan sesiapa tetapi dengan diri sendiri. Tengahari tadi say

Buat Keputusan Pada Pilihanraya Ke -13

Buat Keputusan Pada Pilihanraya Ke -13 Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin “Pertama saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama generasi muda yang memberikan sokongan yang tidak putus-putus kepada usaha-usaha tajdid. Namun, saya agak kecewa kerana ada saluran media yang tidak bersikap positif dengan usaha tajdid yang sedang berlaku. Mungkin ada gangguan pihak tertentu. Pihak TV3 telah menjemput saya juga Tuan Hj Uthman Muhammady dalam rancangan al-Kulliyyah secara langsung. Malang sekali apabila tiba waktu siaran, dimaklumkan kononnya tidak mendapat ‘lampu hijau’ untuk disiarkan secara langsung. Janji mereka rakaman tersebut akan disiarkan, namun tidak muncul sehingga kini. Alhamdulillah, nasib baik ada pihak yang merakamkan program dan ia telah disiarkan dalam internet serta mendapat sambutan. Pihak RTM 1, pula semalam (28 Disember 2009) menyiarkan siaran langsung Hj. Uthman Muhammady dan seorang penceramah yang tidak dikenali mem

KEHIDUPAN SEHARI-HARI YANG ISLAMI

KEHIDUPAN SEHARI-HARI YANG ISLAMI Oleh: Syeikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah Saudaraku.... Dengan penuh pengharapan bahwa kebahagian dunia dan akhirat yang akan kita dapatkan, maka kami sampaikan risalah yang berisikan pertanyaan-pertanyaan ini kehadapan anda untuk direnungkan dan dijawab dengan perbuatan. Pertanyaan-pertanyaan ini sengaja kami angkat kehadapan anda dengan harapan yang tulus dan cinta karena Allah Subhanahu wa Ta'ala, supaya kita dapat mengambil manfaat dan faedah yang banyak darinya, disamping itu sebagai bahan kajian untuk melihat diri kita, sudah sejauh mana dan ada dimana posisinya selama ini. Apakah anda selalu solat Fajar berjamaah di masjid setiap hari? Apakah anda selalu menjaga solat yang lima waktu di masjid? Apakah anda hari ini membaca Al-Quran? Apakah anda rutin berzikir setelah selesai melaksanakan solat wajib? Apakah anda selalu menjaga solat sunat Rawatib sebelum dan sesudah solat wajib?

Ucapan utama menandakan Iman

Al-Musayyab bin Hazn radhiallahu 'anhu berkata: Ketika Abu Thalib semakin hampir dengan ajalnya, datanglah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ke rumahnya. Baginda mendapati di rumah tersebut ada Abu Jahl bin Hisyam dan Abdullah bin Abi Umaiyyah bin Al-Mughirah. Baginda pun berkata kepada Abu Thalib: Wahai bapa saudaraku, katakanlah Laa ilaaha illallah. Ia kalimah yang akan menjadikan aku sebagai saksi untukmu di sisi Allah. Lalu Abu Jahl bin Hisyam dan Abdullah bin Abi Umaiyyah berkata: Hai Abu Thalib, apakah engkau akan meninggalkan agama Abdul Muthalib? Kemudian Nabi menawarkan kembali kepada Abu Thalib dan kedua orang itu juga menyanggah lagi, sehingga akhirnya Abu Thalib berkata bahawa dia tetap dengan agama Abdul Muthalib dan menolak kalimah tiada tuhan selain Allah. Lalu Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Demi Allah aku akan tetap membacakan istighfar untukmu selagi aku tidak dilarang berbuat demikian." Maka Allah menurunkan ayat 113 surah at-T

Dah tak tahu berlapik lagi .......

KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang." Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam. Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu. Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang. Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu. Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu. "Kalau dia nak minta kita sokong BN p

Berkelah satu keluarga besar

Cuti sekolah dah nak habis. Anak-anak pula bermasam muka. Puas merungut, merengus dan mendengus. Mak dan bapa tak faham-faham lagi. " Bila lagi nak bawa kami makan angin ." Cuti sekolah tinggal lagi beberapa hari. Kasihan tengok muka anak-anak. Bukannya tak faham tapi jenuh memikirkan tempat yang sesuai. Sesuai untuk dilawati. Sesuai juga dengan minat anak-anak dan ibu bapa. Dan yang paling penting mestilah sesuai dengan bajet. "Abah, tak pi mana pun cuti ni." "Mak, boring la! Asyik terperap kat rumah." "Okey, bagi cadangan. Nak pi mana?" "Mandi-mandi kat air terjun saja." "Alaaa, awat tak cakap siang-siang. Itu bisa diatur." "Kita pergi kawasan air terjun yang ada chalet , kita bermalam di sana." "Yahooooo! Kat mana abah?" "Air terjun Titi Hayun. Ada chalet D'Yan. Abah dah suruh wan booking empa t bilik." "Kita ajak sekali tok dan wan." "Kita ajak pak ngah dan mak ngah.&quo

Buku Laporan MP

Seperti kebiasaan, ahli parlimen bandar Durham yang mewakili parti Buruh UK, Roberta Blackman Woods akan melaporkan aktiviti beliau sepanjang tahun lalu. Laporan di dalam bentuk akhbar mini sarat dengan laporan dan gambar dihantar ke rumah para penduduk Durham. Bahan bercetak tersebut merupakan sistem sokongan kepada laman web beliau yang dikemaskini setiap hari. Melalui saluran-saluran tersebutlah para pengundi dan warga UK akan mengetahui aktiviti dan sumbangan ahli parlimen yang telah mereka pilih. Akhbar dan media pula tidak ketinggalan menyiarkan elaun tetap dan juga elaun tuntutan para ahli parlimen dan juga councilor (ADUN di Malaysia). Hal seperti ini memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sejauhmana wang cukai yang mereka bayar layak diberikan kepada para ahli politik yang dipilih. Perkara seperti ini juga membuka ruang ketelusan yang wajib ada di dalam sistem politik. Maka, berdasarkan maklumat yang ada, rakyat berhak untuk menilai para perwakilan, di pihak perwakila

Penyejukan global

Pernah dengar teori penyejukan global? Mungkin ada yang pernah mendengar dan mungkin ramai yang tidak biasa mendengar. Saya pun tidak pernah mendengarnya tetapi pernah terbaca sedikit mengenainya dalam novel berjudul Meniti Maut karya penulis Eyman Haikal terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Teori tersebut dinyatakan secara sepintas lalu melalui dialog antara dua watak utama dalam novel aksi itu iaitu Fariz(positif) dan Bruce(negatif) di awal perkenalan mereka. Penyejukan global ialah satu fenomena salji cair lalu ia menjadi air dan melimpah ke kawasan panas. Kawasan panas pula bertukar sejuk menyebabkan salji juga turun di kawasan-kawasan yang tidak pernah bersalji. Jika keadaan ini berterusan, akhirnya boleh berlaku penyejukan global. Fariz sebenarnya meningkah Bruce yang mengaitkan fenomena pemanasan global dengan iklim dunia yang tidak menentu. Sebaliknya Fariz berpandangan adalah tidak mustahil ia berpunca dari penyejukan global. " Oh, saya pernah terbaca mengenai glaciation. Tapi itu

Jenis cinta

Sesungguhnya ada banyak jenis cinta. Adapun cinta yang paling utama adalah cinta dua orang yang saling mencintai kerana Allah. Sama ada cinta itu dibina kerana adanya keinginan untuk meningkatkan amal kebajikan atau kerana adanya persamaan akidah, agama dan mazhab, atau kerana salah seorang darinya memiliki kelebihan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan. Selain itu, ada cinta kerana hubungan kerabat, cinta kerana kesamaan tujuan, cinta kerana persahabatan, cinta kerana pengetahuan, cinta kerana kebaikan yang dimiliki seseorang, cinta kerana tamakkan kedudukan yang diinginkan, cinta kerana adanya kesepakatan yang dirahsiakan untuk khalayak, cinta kerana kesenangan mengumbar nafsu yang bergejolak dan ada juga cinta tanpa alasan. Segala jenis cinta yang lahir kerana satu "sebab" akan hilang bersama hilangnya "sebab", akan mekar bersama mekarnya "sebab", akan berkurang bersama kurangnya "sebab". Cinta jenis ini akan menjadi kuat tatkala "

Syabas Malaysia.

Bravo! Syabas kepada pasukan bolasepak Malaysia yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Sukan Sea 2009. Kejayaan tersebut sedikit sebanyak menjanjikan harapan cerah buat para peminat bolasepak tanahair. Pada peringkat permulaan, pasukan negara seperti tiada harapan memandangkan berada dalam kumpulan maut yang turut disertai Vietnam dan Thailand. Mujur juga pasukan negara tidak 'merajuk' panjang ekoran keputusan perlawanan dengan Vietnam tempoh hari. Sambil pekena roti nan cecah kari daging di medan selera berhampiran jam besar Sungai Petani, saya dan keluarga berserta pengunjung lain bersorak menyaksikan pasukan negara beraksi cemerlang. Sekali tersentak dengan gol penyamaan Laos tetapi jaringan Badrol Bakhtiar kembali menceriakan. Sokongan yang ditunjukkan merupakan petunjuk betapa para peminat sangat mengharapkan pasukan negara kembali bangkit mengulangi kegemilangan yang pernah diraih di zaman-zaman 50an hingga 80an. Tidak salah rasanya kalau meletakkan tanggungjawab m

Susu kambing

Selalunya apabila menyebut susu, kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya yang lebih kecil. Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing mengatasi susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan susu kambing adalah disebabkan tanggapan dan mitos masyarakat Melayu bahawa susu kambing menyebabkan darah tinggi dan panas. Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Susu kambing mengandungi kandungan gizi lengkap dan baik untuk kesihatan. Ia tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menip

BASTARD BAR!

In the business area of Mid Town Manhattan in New York a new BAR is opened in the name of Apple Mecca which is familiar to Kaaba Makkah. This bar will be used for supply of WINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR. Inilah bencana dari sebuah sistem demokrasi yang tidak terkawal. Sebarang tindakan dijustifikasikan kebebasan. Namun kita percaya bar ini bukan sekadar luahan seni atau keindahan reka bentuk tetapi bermaksud menghina dan sengaja mencemari kesucian agama Islam. Maka sesuai dengan kebiadaban pihak yang bertanggungjawab, kita namakan bar ini sebagai BAR CELAKA!!! W e need to wake up and to stand for the dignity of our RELIGION ISLAM!! Together we can and we will Inshallah..

Surau al-Muhtadin di fasa akhir

surau al-Muhtadin sebelum dibaik pulih Surau al-Muhtadin kini berada di fasa akhir pembaikannya. Tinggal lagi kerja-kerja pendawaian letrik yang belum selesai. Mulai semalam solat jamaah sudah boleh diadakan dalam surau setelah sebulan lebih kami bersolat di luar hingga ke garaj motor. Semalam juga jamaah yang hadir telah melakukan kerja-kerja pembersihan. Cuma buat masa ini, azan hanya boleh didengari oleh mereka yang hadir ke surau saja kerana sistem pembesar suara masih belum dipasang. Kepada sahabat-sahabat yang berjamaah di Surau al-Muhtadin, silalah ambil perhatian ini. Marilah kita kembali mengimarahkan surau kita.

Kesungguhan salafus salih beramal dengan hadis yang dipelajari

Diriwayatkan pada suatu hari Imam Ahmad ibn Hanbal telah mendengar berita terdapat seorang ulama hadis yang tinggal di sebuah negeri yang jauh. Ulama tersebut sangat suka menyampaikan hadis kepada orang yang berkehendak. Ketika sampai di rumah ulama tersebut, Imam Ahmad mendapati ulama tersebut sedang memberi makan seekor anjing. Lalu Imam Ahmad memberi salam dan dijawabnya salam oleh ulama itu. Tetapi ulama itu seakan tidak mengendahkannya sebaliknya terus memberi makan anjingnya. Ini menyebabkan hati Imam Ahmad menjadi hambar dan berasa kurang senang dengan sikap tidak peduli ulama tersebut terhadapnya. Sebaik saja ulama hadis itu selesai memberi makan anjing, beliau memaling dan menghadapkan mukanya kepada Imam Hanbali seraya berkata, " mudah-mudahan kamu suka berhadapan dengan anjing ." Lalu dijawab oleh Imam Ahmad, " ya ". Ulama tersebut lalu berkata kepada Imam Ahmad, "Abu Zinad telah menyampaikan berita kepada saya bahawa Abdul Rahman bin Harmaz al-A'

'Bin'

Baru-baru ini seorang kenalan kami sekeluarga menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ibu bapanya. Beliau yang terpisah dengan kedua orang tuanya sejak kecil kira-kira 20 tahun lalu telah diserahkan di bawah penjagaan ibu saudara saya. Selepas mengetahui kedudukan sebenar dalam keluarga angkatnya, beliau telah meminta jasa baik ayah saya untuk membantu mencari orang tuanya. Saya tidak mahu ketinggalan menyertai program jejak kasih ini. Maka bermulalah pencarian kami pada pagi Hari ke-4 Aidil Fitri yang lalu. Alhamdulillah, pencarian kami dipermudahkan Allah. Sebelum tengahari pada hari yang sama kami dipertemukan dengan insan yang dicari itu. Namun sesuatu yang tidak diduga telah terjadi. Terbongkar satu rahsia yang disimpan selama ini apabila kami diberitahu 'sepupu angkat' kami ini adalah hasil hubungan 'tidak sah' ibu kandung dengan ayah biologi nya. "Kalau perkara ini diketahui sejak awal lagi, tentu kita akan beritahunya bahawa ibu dan bapanya sudah 'ti

Doa lawan doa

Sejak akhir-akhir ini Tuan Guru Nik Aziz begitu diserang keliling pinggang lewat doa yang ditujukan khas untuk PM, Datuk Seri Najib. Bukan sebarang doa hingga banyak pihak terpanggil melemparkan pandangan. Lalu ada yang menyokong dan tak kurang yang menempelak. Dan seperti biasa baik pihak yang menyokong atau yang membantah, kedua-duanya menjadikan media utama seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan lain-lain sebagai sumber berita. Berapa kerat yang mendengar secara terus dari mulut Tuan Guru lafaz doa yang dibacanya? Dalam kesungguhan membincangkan doa Tuan Guru, isu sebenar yang mencetuskan doa diketepikan. Tumpuan dilarikan daripada membincangkan isu royalti minyak. Sementara ahli-ahli dan penyokong PAS khususnya akan terus meragui ketelusan Datuk Seri Najib menangani soal ini. Sementelahan lagi sejak 20 tahun Kelantan di perintah PAS, kerajaan sebenar pilihan rakyat ini acapkali dinafikan haknya selaku kerajaan yang sah. Segala peruntukan disalurkan melalui jabatan yan