Langkau ke kandungan utama

Buku Laporan MP

Seperti kebiasaan, ahli parlimen bandar Durham yang mewakili parti Buruh UK, Roberta Blackman Woods akan melaporkan aktiviti beliau sepanjang tahun lalu. Laporan di dalam bentuk akhbar mini sarat dengan laporan dan gambar dihantar ke rumah para penduduk Durham. Bahan bercetak tersebut merupakan sistem sokongan kepada laman web beliau yang dikemaskini setiap hari.

Melalui saluran-saluran tersebutlah para pengundi dan warga UK akan mengetahui aktiviti dan sumbangan ahli parlimen yang telah mereka pilih. Akhbar dan media pula tidak ketinggalan menyiarkan elaun tetap dan juga elaun tuntutan para ahli parlimen dan juga councilor (ADUN di Malaysia).

Hal seperti ini memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sejauhmana wang cukai yang mereka bayar layak diberikan kepada para ahli politik yang dipilih. Perkara seperti ini juga membuka ruang ketelusan yang wajib ada di dalam sistem politik. Maka, berdasarkan maklumat yang ada, rakyat berhak untuk menilai para perwakilan, di pihak perwakilan pula, mereka terbuka untuk akauntabiliti.


Bukankah sistem seperti ini begitu Islamik dan juga menepati Maqasid Syari'ah.


Tiada yang tersembunyi, tiada yang istimewa, kedudukan merupakan amanah, dan amanah wajib dipersoalkan.

Mungkin di satu peringkat nanti, indeks pencapaian para ahli parlimen juga akan diwujudkan.

Bagaimana di Malaysia?

Sejauhmana anda mengenali ahli parlimen dan juga ADUN kawasan anda?


Sejauhmana anda mengetahui apa yang mereka lakukan?


Sejauhmana anda mengetahui kegiatan mereka di parlimen atau DUN?


Sejauhmana mereka membawa suara anda di parlimen atau DUN?

Sejauhmana juga anda mengetahui elaun dan juga harta yang mereka miliki?


Ini penting supaya dipastikan duit rakyat tidak disalah gunakan.


Amat malang di negara-negara Islam, sistem check and balance tidak begitu jitu. Rakyat pula tidak diberikan hak yang sepatutnya.


sumber: FFMD (Reisende)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...