Langkau ke kandungan utama

Kesungguhan salafus salih beramal dengan hadis yang dipelajari

Diriwayatkan pada suatu hari Imam Ahmad ibn Hanbal telah mendengar berita terdapat seorang ulama hadis yang tinggal di sebuah negeri yang jauh. Ulama tersebut sangat suka menyampaikan hadis kepada orang yang berkehendak.

Ketika sampai di rumah ulama tersebut, Imam Ahmad mendapati ulama tersebut sedang memberi makan seekor anjing. Lalu Imam Ahmad memberi salam dan dijawabnya salam oleh ulama itu. Tetapi ulama itu seakan tidak mengendahkannya sebaliknya terus memberi makan anjingnya. Ini menyebabkan hati Imam Ahmad menjadi hambar dan berasa kurang senang dengan sikap tidak peduli ulama tersebut terhadapnya.

Sebaik saja ulama hadis itu selesai memberi makan anjing, beliau memaling dan menghadapkan mukanya kepada Imam Hanbali seraya berkata, "mudah-mudahan kamu suka berhadapan dengan anjing." Lalu dijawab oleh Imam Ahmad, "ya".

Ulama tersebut lalu berkata kepada Imam Ahmad, "Abu Zinad telah menyampaikan berita kepada saya bahawa Abdul Rahman bin Harmaz al-A'raj telah berkata bahawa Abu Hurairah telah menyampaikan berita kepada aku, iaitu kata Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda kepada ku, Barangsiapa memutuskan harapan orang yang berharap kepadanya, Allah akan memutuskan harapannya pada hari qiamat, maka dia tidak akan masuk syurga."

Kemudian ulama hadis itu menyambung lagi, "Di negeri kami ini tidak ada anjing dan dia datang dari negeri lain. Lalu aku takut akan memutuskan harapannya (sebab itu beliau memberinya makan anjing sepuas-puasnya sehingga kurang melayani Imam Ahmad).

Lalu berkata Imam Ahmad, "Cukuplah hadis ini buat aku." Imam Ahmad begitu terpegun sekali dengan kesungguhan ulama hadis tersebut yang bukan sahaja mempelajari hadis bahkan beramal dengan hadis yang diketahuinya.

:: Kita pun belajar juga. Ikut kuliah, ceramah, pengajian agama dsb. Tahu kelebihan solat jamaah tapi masih bersolat sendiri di rumah. Tahu ganjaran solat sunat dhuha, nak buat sekali dalam seminggu pun susah. Belajar kaifiyat sunat witir dan tahu kesungguhan Rasulullah dan generasi salafus soleh mengerjakannya, padahal kita tunggu Ramadan baru nak buat. Itu pun selang dua tiga hari sekali. Itu belum lagi bab akidah, akhlak, ekonomi dan politik.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
saya nak tanya tuan, kenapa ia jadi begitu?. Apakah mereka tidak nampak ganjaran yang dimaklukan, atau mereka keliru dengan ganjaran tersebut, kerana kerja sedikit mana mungkin dapat ganjaran yang berlipat ganda. Keikhlasan tidak mengharap balasa. Bagaimana kata tuan tentang hal ini?.
Azridul berkata…
Terima kasih saudara.

Sebenarnya orang yang menulis TIDAKLAH LEBIH BAIK dari orang yang membaca. Mengata dulang paku serpih, mengata orang SAYA yang lebih.

Suka saya menjawab soalan saudara merujuk kpd diri saya sendiri. Sikap malas dan suka bertangguh dalam beramal yang menyebabkan kita jadi begini.

Ketika kecil dulu kita belajar quran sampai khatam. Lepas khatam terus kita tinggalkan. Bila nak cuba baca, tergagap-gagap pula. Kalau nak lancar pun, surah yaasin sahaja.

Begitulah dalam hal lain. Kita belajar, kemudian bertangguh-tangguh nak beramal lalu lupa apa yang telah kita belajar.
Pang5 berkata…
Ini sindrom yang menyerang sebahagian penuntut ilmu. Rajin mengejar ilmu tapi lalai dalam beramal.

Hati-hati!

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...