Langkau ke kandungan utama

'Bin'

Baru-baru ini seorang kenalan kami sekeluarga menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ibu bapanya. Beliau yang terpisah dengan kedua orang tuanya sejak kecil kira-kira 20 tahun lalu telah diserahkan di bawah penjagaan ibu saudara saya. Selepas mengetahui kedudukan sebenar dalam keluarga angkatnya, beliau telah meminta jasa baik ayah saya untuk membantu mencari orang tuanya. Saya tidak mahu ketinggalan menyertai program jejak kasih ini. Maka bermulalah pencarian kami pada pagi Hari ke-4 Aidil Fitri yang lalu.

Alhamdulillah, pencarian kami dipermudahkan Allah. Sebelum tengahari pada hari yang sama kami dipertemukan dengan insan yang dicari itu. Namun sesuatu yang tidak diduga telah terjadi. Terbongkar satu rahsia yang disimpan selama ini apabila kami diberitahu 'sepupu angkat' kami ini adalah hasil hubungan 'tidak sah' ibu kandung dengan ayah biologinya.

"Kalau perkara ini diketahui sejak awal lagi, tentu kita akan beritahunya bahawa ibu dan bapanya sudah 'tiada lagi' di dunia
," kata ayah saya dalam perjalanan pulang. Ketika itu saudara tersebut menaiki kereta lain yang dipandu adik saya.

Memang kami tidak menyangkanya kerana ketika diserahkan untuk dipelihara oleh ibu saudara saya, sijil kelahirannya lengkap dengan nama ibu dan bapa. Kalaulah tidak kerana peristiwa ini, rahsia ini mungkin terjaga rapi. Takdir Allah telah mempertemukan kami. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kami juga diberitahu, si ibu memang berhasrat untuk mencari anaknya itu dan suaminya sekarang pun telah dimaklumi. Semoga Allah memberi kebaikan kepada kami.

Ini juga bukan pertama kali saya berhadapan dengan situasi seumpama ini. Selaku Setiausaha Peperiksaan, saya mendaftarkan calon-calon UPSR dengan merujuk kepada salinan sijil kelahiran mereka. Dalam proses mendaftar calon-calon, sudah dua kali saya terserempak dengan sijil kelahiran yang tidak dilengkapi dengan nama bapa. Dalam kata lain, pada ruang nama bapa dibiarkan kosong dan nama salah seorang dari mereka tidak berbin manakala seorang lagi dibinkan dengan Abdullah. Bila difikirkan, mereka bakal berhadapan keadaan yang lebih sukar khususnya ketika dewasa nanti berbanding 'sepupu angkat' saya yang sijil kelahirannya ada tercatat nama bapa.

Sekali lagi saya terfikir, mengapakah peraturan dibuat sedemikian rupa? Kalau ia dikaitkan dengan isu agama, saya berani jamin bahawa agama tidak menyuruh berbuat demikian. Saya merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis yang berfatwa kanak-kanak yang dilahirkan seperti ini dibinkan dengan suami ibunya. Rujuk fatwa tersebut di sini.

Adakah peraturan ini berbentuk satu hukuman? Siapa pula yang mahu dihukum? Ibu dan bapanya yang melakukan onar atau si anak yang tidak pernah mengenal dosa dan pahala. Malahan, dosa atau pahala seseorang juga bukan ditentukan oleh manusia yang mencipta peraturan. Mereka yang bersalah mungkin bertaubat dan urusan tersebut terserah saja kepada Allah yang bersifat Ghafur dan Rahim.

Sesungguhnya fatwa dari Majlis Fatwa Negeri Perlis banyak kebaikannya. Antaranya, (i) menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat; (ii) menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan; (iii) membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed