Selalunya apabila menyebut susu, kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya yang lebih kecil. Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing mengatasi susu lembu.
Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan susu kambing adalah disebabkan tanggapan dan mitos masyarakat Melayu bahawa susu kambing menyebabkan darah tinggi dan panas. Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi.
Susu kambing mengandungi kandungan gizi lengkap dan baik untuk kesihatan. Ia tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.
Ulasan