Cuti sekolah dah nak habis. Anak-anak pula bermasam muka. Puas merungut, merengus dan mendengus. Mak dan bapa tak faham-faham lagi. "Bila lagi nak bawa kami makan angin."
Cuti sekolah tinggal lagi beberapa hari. Kasihan tengok muka anak-anak. Bukannya tak faham tapi jenuh memikirkan tempat yang sesuai. Sesuai untuk dilawati. Sesuai juga dengan minat anak-anak dan ibu bapa. Dan yang paling penting mestilah sesuai dengan bajet.
"Abah, tak pi mana pun cuti ni."
"Mak, boring la! Asyik terperap kat rumah."
"Okey, bagi cadangan. Nak pi mana?"
"Mandi-mandi kat air terjun saja."
"Alaaa, awat tak cakap siang-siang. Itu bisa diatur."
"Kita pergi kawasan air terjun yang ada chalet, kita bermalam di sana."
"Yahooooo! Kat mana abah?"
"Air terjun Titi Hayun. Ada chalet D'Yan. Abah dah suruh wan booking empat bilik."
"Kita ajak pak teh dan mak teh."
Lega bila hajat anak-anak dipenuhi. Dapat pula mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga yang lain. Belanja pun tak habis banyak, kalau dibandingkan dengan perancangan asal mahu ke Melaka. Yang seronoknya bercampur geram bila anak-anak lupa nak taruhkan beg emaknya dalam kereta. Bila dah sampai baru sedar. Terpaksalah patah balik. Cuba bayangkan kalau 'tragedi' ini berlaku di Melaka. Alamat tambah lagi duit belanja untuk beli baju baru.
Ulasan