Langkau ke kandungan utama

Ucapan utama menandakan Iman

Al-Musayyab bin Hazn radhiallahu 'anhu berkata:

Ketika Abu Thalib semakin hampir dengan ajalnya, datanglah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ke rumahnya. Baginda mendapati di rumah tersebut ada Abu Jahl bin Hisyam dan Abdullah bin Abi Umaiyyah bin Al-Mughirah. Baginda pun berkata kepada Abu Thalib: Wahai bapa saudaraku, katakanlah Laa ilaaha illallah. Ia kalimah yang akan menjadikan aku sebagai saksi untukmu di sisi Allah.

Lalu Abu Jahl bin Hisyam dan Abdullah bin Abi Umaiyyah berkata: Hai Abu Thalib, apakah engkau akan meninggalkan agama Abdul Muthalib?

Kemudian Nabi menawarkan kembali kepada Abu Thalib dan kedua orang itu juga menyanggah lagi, sehingga akhirnya Abu Thalib berkata bahawa dia tetap dengan agama Abdul Muthalib dan menolak kalimah tiada tuhan selain Allah.

Lalu Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Demi Allah aku akan tetap membacakan istighfar untukmu selagi aku tidak dilarang berbuat demikian." Maka Allah menurunkan ayat 113 surah at-Taubah yang bermaksud:

"Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang beriman untuk memohon keampunan kepada Allah bagi orang-orang musyrik meskipun mereka dari kalangan kerabat yang terdekat, sesudah nyata bahawa mereka adalah ahli neraka jahim."

Riwayat sahih dari Bukhari dan Muslim.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...